CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 200|Reply: 0

Datuk Tergamak Culik Cucu Sendiri, Ugut Nak Bunuh Kalau Tak Bayar Wang Tebusan Lebih RM300 Ribu

[Copy link]
Post time 26-4-2023 03:50 PM | Show all posts |Read mode
Beijing: Seorang pesara warga China berusia 65 tahun bukan sahaja tergamak menculik cucunya sendiri malah dia sanggup meminta 500,000 yuan (kira-kira RM322,150) sebagai wang tebusan.


Oddity Central memetik media tempatan China melaporkan, suspek yang juga kaki judi meminta anak perempuannya membayar wang tebusan itu.


Kisah pelik yang mengejutkan dan menimbulkan kemarahan jutaan warga China itu bermula apabila lelaki bernama Yuan itu, pergi menjemput cucu perempuannya yang berumur empat tahun dari sekolah.




Foto: Agensi




Lelaki itu bagaimanapun tidak menghantar cucunya pulang ke rumah, tetapi menghubungi anak perempuannya untuk meminta wang tebusan.


Suspek juga mengancam untuk membunuh cucu perempuannya, jika wanita itu gagal membayar wang tebusan dalam masa tiga hari.


Terkejut dengan permintaan ibu bapanya, anak perempuannya segera menghubungi polis sebelum Yuan ditangkap.


Tidak dapat dipastikan bila kejadian itu berlaku, namun Shanghai Law Journal, baru-baru ini, melaporkan bahawa suspek itu sudah pun dipenjarakan kerana tindakan melulunya.


Difahamkan, lelaki itu cuba menyalahkan anak perempuannya dan hanya berharap dia akan mati.


Dia juga menuduh wanita itu tidak bersyukur.


Sebahagian besar orang mengecam Yuan atas tindakannya dengan mengatakan lelaki itu tidak layak dipanggil bapa dan datuk.


Akhbar tempatan pula melaporkan bahawa lelaki itu menyesuaikan diri dengan kehidupan di penjara dan sudah berbaik semula dengan anak perempuannya hasil bantuan bekas isterinya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.036525 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list