CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 721|Reply: 6

Ziana Zain Terkenang Pernah Layan Peminat Datang Beraya Di Rumah Jam 3 Pagi! "Selagi Tak Jumpa Mereka Tak Nak Balik"

[Copy link]
Post time 25-4-2023 04:14 PM | Show all posts |Read mode
Antara kenangan hari raya yang masih basah dalam fikiran Ziana Zain adalah ketika zaman kanak-kanak.


"Ketika zaman saya kecil dahulu, kami menetap di Kampung Melayu, Subang. Abah bekerja sebagai anggota polis dan setiap kali hari raya, dia tidak pernah cuti.


Foto: IG




"Apabila ditanya, abah lebih suka bekerja kerana mahu menggantikan rakan setugas yang pulang ke kampung.


"Disebabkan kami tidak balik kampung, apabila pagi hari raya, abah siapkan termasuk mendandan kami adik beradik untuk pergi beraya.


"Hari pertama kami yang perempuan beraya dengan baju kurung. Kami berarak di sekitar kawasan tempat tinggal.




  



"Hari kedua pula, kami pakai gaun bertingkat. Memang abah yang tentukan fesyen apa yang mahu digayakan pada hari raya.


"Kani juga dibekalkan dengan gincu dan sapu tangan untuk kami lap peluh. Bagi mengelak mekap rosak, abah suruh tekap dengan sapu tangan," katanya kepada BH Online.


Ziana atau nama sebenar, Siti Roziana Zain teringat ketika namanya di puncak kegemilangan, dia tidak dapat menikmati hari raya sepenuhnya berikutan jadual kerja padat.




  



"Kalau dahulu, pada hari raya pertama saya sudah terpacak di RTM untuk program mereka. Ini disusuli pelbagai acara. Tiba-tiba, hari raya pun sudah habis.


"Itu belum soal melayan peminat dan saudara mara yang datang. Ada peminat yang sampai jam 3 pagi beraya.


"Saya ingat lagi, ketika itu, saya baru selesai menjayakan persembahan. Sampai di pekarangan rumah, saya nampak ada banyak kereta.


"Apabila telefon emak, dia kata, semua itu peminat saya yang datang dari jauh. Emak cakap, selagi tidak dapat jumpa saya, mereka tidak akan balik.


  



"Walaupun penat, saya luangkan masa melayan mereka dan bergambar. Mereka faham bahasa. Selepas dapat bergambar, mereka pun pulang," kata penyanyi Madah Berhelah ini.


Apa yang dikongsi Ziana kini tinggal kenangan. Situasi seperti itu tidak lagi dilalui sekarang.


"Sekarang, jika ziarah menziarah hanya membabitkan sanak saudara sahaja. Disebabkan abah dan emak sudah berpindah, jadi tiadalah kejadian peminat serbu hendak beraya.


"Kalau tidak, ketika tinggal di Seksyen 19, Shah Alam dahulu, seawal jam 8.30 pagi sudah ada yang beri salam hendak beraya.




  



"Cukup-cukuplah rasanya. Abah pun sudah tidak sihat hendak melayan ramai tetamu. Saudara mara kami sahaja ada lebih 200 orang.


"Biasanya, pada 1 Syawal, kami berada di rumah dan tunggu saudara mara bertandang. Abah yang paling tua, jadi ramailah yang ziarah sambil memohon kemaafan.


"Hari raya kedua, giliran kami pula pulang ke kampung di Melaka dan beraya di sana," katanya yang beraya dengan anak remajanya, iaitu Muhammad Ammar, Muhammad Aiman serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2023 06:26 PM | Show all posts
yela zaman sheols dolu ada rtm dgn tv3 je... astro takde lagi... tapi rancangan raya rtm dolu2 best2 jugak... walaupun rambut masing2 propa pakai extension...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada siaran langsung sampaikan raya.. yg skrg dh rekod awal.. nmpk fake kemeriahan mlm raya tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar first tu ingatkan Vanida Imran. Hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Zmn die mendonia mmg parah.. Masak nasi kenduri xcukup2..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya hamponnnnn Kak Ziana, kalau nak edit gambar tu, sikit2 udoh lerrrr. Ini dah kelain noh!
Baju yg oren gelap tu, dah mcm ghoper Alien Workshop.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2023 07:59 AM | Show all posts
One of da lejen

team sembilu awie n erra

hasil garapan tok sop selam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.144968 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list