CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1265|Reply: 6

Nana Sheme Gemuruh Pakaikan Sampin Suami, Banyak Keluarkan Lagu Tapi Semua Tak Laku

[Copy link]
Post time 25-4-2023 02:03 PM | Show all posts |Read mode
Hari Raya Aidilfitri tahun ini berbeza buat Nana Sheme yang pulang menyambut Syawal di kampung halaman sebagai isteri kepada produser muzik, Zikri Zakaria.


Kata Nana, dia tidak dapat menyembunyikan rasa teruja dan gemuruh kerana menyambut lebaran dalam suasana berlainan.


Foto: IG




“Sebelum berkahwin, tanggungjawab saya adalah memasangkan sampin baju Melayu untuk ayah dan adik setiap kali menyambut Aidilfitri.


“Tahun ini berlainan, kerana saya kena pakaikan sampin untuk suami selain tidak lagi menerima duit raya daripada ibu ayah kerana sudah bergelar isteri orang,” kongsinya.




  



Nana sah bergelar isteri Zikri, Oktober tahun lalu, selepas disatukan dalam majlis di Kuching.


Menceritakan pengalaman berhari raya di Sarawak, Nana tidak menafikan wujud sedikit kelainan berbanding sambutan di semenanjung.


Selain amalan memakai baju tradisional Melayu, juadah juga sedikit berbeza setiap kali menjelang Aidilfitri.


  



“Selama sebulan, kami lengkap berbaju Melayu bagi lelaki dan kurung untuk perempuan. Jadi, tahun ini suami beli baju Melayu lebih sepasang.


“Acara rumah terbuka rancak diadakan selama sebulan. Pergi kerja pun pakai baju Melayu atau kurung.


“Juadah Hari Raya juga sedikit berlainan kerana latar belakang keluarga yang ada campuran Iban. Ibu akan sediakan ayam pansuh yang dimasak dalam buluh untuk disajikan,” katanya yang akan pulang ke Kuching bersama suami untuk berhari raya selama seminggu.




  



Disoal kerjaya nyanyian, Nana memaklumkan masih aktif menyanyi dan tidak pernah melangkah keluar daripada industri seni.


Malah katanya, sebelum ini pernah tampil dengan beberapa lagu, bagaimanapun kurang menjadi disebabkan faktor tertentu.




  



“Saya ada keluarkan sebuah lagu Hari Raya tahun lalu, tetapi tidak mendapat sambutan kerana tiada publisiti.


“Begitu juga lagu terakhir yang saya keluarkan adalah pada tahun 2020, juga tidak berapa mendapat sambutan.


“Mungkin tiada rezeki kerana lagu tersebut diterbitkan dalam negara berdepan fasa perintah kawalan pergerakan,” kongsinya.


Namun, kata Nana dia tetap gembira kerana tidak dilupakan dan masih dihargai peminat.


  



“Saya bersyukur kerana masih ada orang yang menghargai kewujudan saya dalam industri.


“Bukan mudah untuk konsisten sebagai penyanyi. Tapi saya tak nak tarik diri, mahu terus kembangkan kerjaya nyanyian saya.


“Saya masih ada dalam industri. Saya harap orang tidak salah sangka, ingat saya sudah berhenti menyanyi,” jelasnya. -CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2023 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols baca gemuruh pakaikan lampin suami .. hahah
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 05:10 PM | Show all posts
awal sangat masuk
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Malas baca content baca tajuk je. So komen mak berdasarkan tajuk….dah lagu x laku kau berhenti jah jadi retis sendu tanahair dekkk. Banyak lagi keje2 yang lebih berfaedah
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
outcast: Iols baca gemuruh pakaikan lam ...
hahaha.. Sama la uols.. Iols pn mule2 bce mcm tu. Nsb baik uols komen dlu. Hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Xda x factor.. Next!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2023 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tak laku tu carikla keje lain
Ko takde wow factor la gamaknya nak tekenal jadik artis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.051036 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list