CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 329|Reply: 1

Insiden Melecur 'Bermandi' Asid Buat Haidar Trauma Ke Dapur

[Copy link]
Post time 24-4-2023 09:09 AM | Show all posts |Read mode
Trauma dialami sukar hilang. Itu nasib dialami kanak-kanak, Muhammad Haidar Munir, sembilan tahun yang melecur terkena asid menyebabkan dia perlu menjalani pemeriksaan susulan di hospital setiap bulan.


Ibunya, Nurul Shahzamul Hidayah Mohd Sham, 32, berkata, anaknya turut perlu mengambil ubat pada bahagian mata setiap empat jam sehari selepas terkena serbuk soda mengandungi asid yang digunakan pada paip sinki jirannya yang tersumbat di pangsapuri Kota Perdana, Seri Kembangan di sini, 2 Februari lalu.






"Ubat mata itu perlu diambil memandangkan terdapat kesan lekuk pada kanta kedua-dua matanya akibat terkena asid berkenaan.


"Keadaan itu menyebabkan dia juga mengalami kesan sampingan lain iaitu tidak boleh terkena silauan.


"Namun saya tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia tidak buta akibat insiden itu," katanya.






Nurul Shahzamul berkata, selain kecederaan pada mata, anak ketiga daripada lapan beradik itu juga masih mengalami kesan merah pada luka di bahagian bahu serta dahi yang belum sembuh sepenuhnya.


"Terdapat kecederaan melecur paling dalam dialami Haidar pada bahu menyebabkan luka itu lambat kering. Di bahagian lain seperti dada, paha dan kaki pula sudah sembuh sepenuhnya.


"Haidar bernasib baik apabila asid yang terkena anggota badannya tidak menyebabkan kesan melecur yang serius, sekali gus tidak memerlukan dia menjalani pembedahan," katanya.


Suri rumah itu berkata, kejadian itu menyebabkan Haidar trauma untuk pergi ke dapur.


"Saya ada membuat sedikit pengubahsuaian di dapur selepas kejadian itu kerana bimbang perkara sama berulang semula," katanya yang memaklumkan akan mengambil tindakan sivil di mahkamah terhadap jirannya itu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan dipetik berkata, mangsa melecur pada tahap tiga di bahagian dahi, kepala, bahu, badan, lengan dan paha.


Katanya, adik perempuan mangsa berusia tujuh tahun pula dilaporkan melecur di bahagian paha kanan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Serdang.




Sumber: HARIAN METRO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2023 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Pe cite jirannya TU?
Tak nlbertanggungnjawabkah sampai diambil tindakan Saman sivil?
Elok lah kan..kurang2 ada kesedaran terhadap orang lain supaya tak bodo2 je tuang kat dalam lobang tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.213399 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list