CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 749|Reply: 8

[Politik] Jangan nak ‘over’ ahli-ahli UMNO digesa sedar diri!!

  [Copy link]
Post time 23-4-2023 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Penganalisis politik Shahbudin Husin menekankan sekali lagi kepada ahli-ahli Umno bahawa parti itu sekadar menumpang kasih dalam Kerajaan Perpaduan ini.

Hal ini katanya susulan kenyataan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan yang turut mengakui situasi sama.

“Selama ini, apabila saya menyebut dalam tulisan saya bahawa Umno hanya menumpang dalam kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini, ada beberapa pihak yang marah-marah kepada saya.

“Kata mereka, istilah menumpang itu tidak wajar digunakan kerana Umno dan BN adalah komponen penting dalam kerajaan.

“Malah kata mereka, tiada istilah menumpang kerana kerajaan dibina atas semangat bersama daripada semua parti yang ada,” katanya dalam catatan di blog pada Rabu.

Pun begitu kata Shahbudin, beliau faham semua luahan itu.

“Cuma apa yang saya tekankan ialah agar Umno jangan lebih-lebih dalam menuntut itu dan ini di sebalik keberadaannya dalam kerajaan sekarang.

“Apa juga tuntutan haruslah berpada-pada, apa lagi BN hanya ada 30 kerusi daripada 148 kerusi Parlimen yang menyokong kerajaan.

“Contohnya, menuntut pembebasan Datuk Seri Najib Razak dan waktu yang sama mengancam bahawa Anwar akan jadi Perdana Menteri paling pendek tempoh perkhidmatannya jika tuntutan itu tidak dipenuhi, adalah tidak wajar sama sekali,” tegas beliau.

Shahbudin juga mengingatkan, lebih-lebih lagi kerana dengan sokongan 30 kerusi daripada Umno dan BN itu, kerajaan secara realitinya tidak akan tumbang jika mereka menarik diri atas sebab Najib tidak dibebaskan.

“Nah…sekarang Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan sendiri menyatakan Umno hanya menumpang kasih dalam kerajaan ini.

“Kita kena sedar diri dan jangan berperangai seperti ketika kita memerintah dulu,” kata beliau memetik Menteri Pertahanan itu.

Shahbudin mempersoalkan sama ada beliau dan Mohamad akan dimarahi lagi kali ini

“Adakah mereka yang marah-marah dengan saya sebelum ini nak marah kepada Tok Mat kali ini? Soalnya.

Artikel dipetik dari SuaraTV

https://suaramerdeka.com.my/menumpang-buat-cara-menumpang/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2023 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam 30 kerusi

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2023 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Umno ni umpama anjing tersepit yg dilepaskan. Tgk apa jd dkt bersatu. Lps kutip dia bg nyawa then dia sng2 buang bersatu di lembah kehinaan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2023 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 24-4-2023 10:36 AM
Umno ni umpama anjing tersepit yg dilepaskan. Tgk apa jd dkt bersatu. Lps kutip dia bg nyawa then di ...

Peel yg sama  dibuat kt pmx
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 12:33 AM | Show all posts
pada aku ini suatu serangan politik... tak mungkinlah politician umno terperangkan sebab dah berpuluh tahun berkecimpung dlm politik, yg muda-muda mungkinlah
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
hahaha..umno sentiasa dlm gomen...bila masa jer umno xde dlm gomen...probably yg 18bulan masa atuk perintah tu jerla umno xde dlm gomen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2023 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2023 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Adat menumpang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2023 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum ni umno kata Pas pelacur politik yg sanggup tido dengan sape saje yg boleh beri manfaat.

Nampaknya umno juga dah jadi pelacur.... Sanggup tido dengan peliwat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.316890 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list