Mandi-manda sekeluarga bertukar hiba apabila tiga beradik ditemukan lemas di Pantai Cahaya di Port Dickson pada petang Ahad.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang, Penolong Penguasa Bomba Azizee Alias mengesahkan kesemua mangsa adalah wanita berusia 19, 29 dan 30 tahun.
 Tiga beradik ditemukan lemas ketika mandi di Pantai Cahaya, Port Dickson pada Ahad. - Foto Bomba Negeri Sembilan
"Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 5.57 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson dan Teluk Kemang dikejarkan ke lokasi.
"Kejadian melibatkan sebuah keluarga yang terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita, empat daripadanya merupakan adik-beradik," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
 Tiga beradik ditemukan lemas ketika mandi di Pantai Cahaya, Port Dickson pada Ahad. - Foto Bomba Negeri Sembilan
Ujarnya, kedua-dua mangsa lelaki dalam keadaan selamat manakala tiga wanita berkenaan disahkan meninggalkan dunia oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis, dua lelaki yang selamat dIhantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.
Tambahnya, berdasarkan maklumat ketiga-tiga mangsa bersama adik lelakinya berusia 26 tahun dari Banting,Selangor dan seorang lagi saudara lelakinya berusia 29 tahun dari Perak dipercayai datang berkelah di lokasi sebelum mereka ditemukan lemas.
Sumber: Sinar Harian |