View: 1128|Reply: 14
|
Imam Dilanggar Toyota Fortuner Pada 1 Syawal
[Copy link]
|
|
Seorang imam di surau Kampung Parit Haji Yusof, Benut cedera dilanggarpacuan empat roda Toyota Fortuner pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohamad Shofee Tayib berkata, kejadian berlaku pada jam 1.43 tengah hari ketika mangsa, Zulkifli A Ajis,39, berjalan kaki di tepi jalan tersebut.
 Sinar Harian
Beliau berkata, anggota Balai Polis Benut menerima laporan kejadian pada jam 2.17 petang.
"Akibat kemalangan tersebut mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke Klinik Merlong sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di Batu Pahat.
Menurutnya, pemandu kenderaan yang merupakan lelaki tempatan berusia 33 tahun mendakwa tidak perasan mangsa berjalan kaki di tepi kanan jalan tersebut.
"Suspek sudah ditahan dan ujian saringan mendapati dia negatif daripada pengaruh alkohol atau dadah," katanya.
Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, insiden tersebut turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam WhatsApp kata dah kena tangkap pelakunya
|
|
|
|
|
|
|
|
4×4 mmg byk pembunuh jalan raya. Kebanyakan dorang bawa kereta mmg tunggu masa nk langgar orang je |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah cedera aja.. terkejut tengok berita tadi tecampak macam doll aja...
alasa budak tu takut kena belasah.. tak boleh terima, sebab orang mood habis solat, tak ada panas2 nak belasah tiba2, dia boleh je park tepi, jangan keluar kereta, call polis.. kalau orang kampung mula kokak fortuner tu baru lah cabut lari...
polis pun satu hal benda macam ni pun nak kena mentaik bagi arahan, cuba la war warkan , apa SOP lepas dah langgar orang, terus lari ke balai? jangan keluar kereta dan call polis tunggu polis sampai?
kalau takde cctv tu, maka dia senyap je la kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Terpelanting mcm ank patung
Klu tgk video kena tu mcm xde harapan dh
Bgs ramai kt situ cpt dtg tlg
Moga imam xde injured kekal cpt sembuh dpt bertugas kembali
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak perlulah kelam kabut memandu di jalan kampung. Jalan bukannya kecil dan berselisih dengan kenderaan lain.
Elok dah imam itu berpijak di bahu jalan yang berumput. |
|
|
|
|
|
|
|
Terpelanting tak apa dek. Tak sengaja dek. Dimaafkan di sisi syarak dek.  |
|
|
|
|
|
|
|
mabuk halal ke mabuk tak halal..sebesar orang pun di sapu |
|
|
|
|
|
|
|
Laju lettew
Nak kejar awek merajuk ke.apao |
|
|
|
|
|
|
|
Yg bawak 4x4 ni suka buli keter kecik kat jalanraya |
|
|
|
|
|
|
|
driver ni geng etis kot.... geng2 etis ni bukan ble buat main musim2 raya ni. diorang dengar takbir raya pun dah x keruan. |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 23-4-2023 02:05 AM
Mata kero ke?
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|