CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 205|Reply: 0

Buat Hal Menjelang Raya, Lelaki Ditahan Sebar Ancaman Bom Palsu Di Masjid Sri Lanka

[Copy link]
Post time 23-4-2023 01:35 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki semalam ditahan di Sri Lanka selepas memberi maklumat palsu mengenai serangan bom.


Lelaki berusia 21 tahun itu mendakwa serangan bom berkenaan akan berlaku di Akurana, kawasan majoriti Islam di negara Asia Selatan itu.


Menurut kenyataan polis, suspek menghubungi sistem aduan kecemasan dalam talian pada 19 April tanpa mendedahkan identitinya dan memberikan maklumat palsu mengenai ancaman bom di masjid di Akurana ketika solat jemaah akhir Ramadan lalu.




Umat Islam menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Galle Fort di Galle, Sri Lanka. - Foto AFP




Berdasarkan maklumat, pasukan unit khas polis dikerahkan ke Akurana bagi meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan itu.


Maklumat palsu itu menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan semasa perayaan Aidilfitri.


Sehubungan itu, polis memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pihaknya akan meningkatkan langkah keselamatan di semua masjid yang akan mengadakan upacara untuk sambutan perayaan itu di Sri Lanka.


Pasukan keselamatan Sri Lanka meningkatkan langkah keselamatan pertubuhan agama ketika semua perayaan keagamaan utama berikutan serangan sempena Ahad Paskah pada April 2019 di mana lebih 260 orang terbunuh.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.086855 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list