View: 509|Reply: 3
|
Pakat Dengan Kekasih Penggal Kepala Suami, Lempar Mayat Ke Sungai
[Copy link]
|
|
Polis menahan wanita dan kekasihnya semalam selepas didakwa memukul suami wanita berkenaan hingga mati sebelum memenggal kepala mangsa.
The Times of India melaporkan, mereka kemudian melempar mayat mangsa ke dalam sungai.
 Gambar hiasan
Polis berkata, Lal Devi yang menggunakan nama Babita, merancang pembunuhan itu selepas bertengkar dengan suaminya Rajesh , 58, berhubung harta yang ingin ditinggalkannya untuk anak tirinya.
Dia besubahat dengan Askhay Malik, 37, yang menyewa kediaman pasangan itu di Tronica City, Ghaziabad. Askhay juga merupakan kekasih gelapnya.
Polis berkata, mereka menyiasat kes itu apabila Babita memfailkan aduan orang hilang pada 21 Februari lalu.
Namun, anak perempuan tiri Rajesh, Deepika Aggarwal, 27, menyuarakan kecurigaan, malah turut mengesyaki penglibatan Babita dalam pembunuhan Rajesh.
Babita ialah isteri kedua Rajesh manakala isteri pertamanya meninggal dunia lima tahun lalu.
Selepas melakukan siasatan, polis menahan Malik, manakala Babita ditangkap semalam.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Polis berkata, Lal Devi yang menggunakan nama Babita, merancang pembunuhan itu selepas bertengkar dengan suaminya Rajesh , 58, berhubung harta yang ingin ditinggalkannya untuk anak tirinya.
Nama pun dah menonjolkan sifat |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
as usual, benda2 pelik ni, antara 3 negara;
India
China
Indon |
|
|
|
|
|
|
| |
|