CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 424|Reply: 5

Wanita Rusia Didenda RM2,000 Panggil Presiden Ukraine ‘Lelaki Muda Yang Kacak’

[Copy link]
Post time 21-4-2023 03:45 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah Rusia pada Selasa mengenakan denda 40,000 rubel (RM2,170) kerana ‘mencemarkan nama baik’ tentera negaranya dengan memanggil Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sebagai ‘lelaki muda yang kacak’.


New York Post semalam melaporkan, Olga Slegina, 70, memuji Zelenskyy tahun lalu.




Slegina dianggap mencemar nama baik Angkatan Tentera Rusia dengan memuji Zelensky. -Pejabat Presiden Ukraine/Cover Images/INSTARimages.com




Menurut kumpulan hak asasi manusia Rusia, Memorial Center, warga emas itu bercakap dengan beberapa wanita lain di sebuah pusat perubatan bandar Nalchik apabila dia membuat kenyataan mengenai presiden berusia 45 tahun itu.


Selain memuji penampilannya, Slegina berkata bahawa Zelenskyy yang sebelum ini bergelar sebagai pelawak, mempunyai ‘sifat humor yang baik’.


Tiga wanita tersebut kemudian melaporkan Slegina kepada pihak berkuasa tempatan dan dia tidak lama kemudian ditangkap kerana melanggar undang-undang kerajaan Rusia.


Pegawai yang menangkap Slegnia memberitahu bahawa dia ‘tidak berhak’ untuk memuji Zelenskyy kerana beliau adalah musuh negara.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2023 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepatnya tua acik ni..stress punya pasal..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2023 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Cherr baru puji kacak
Klu puji merembes mcm acik2 forum mau kena penjara seumur hidup

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2023 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Silap sendiri..kalau kata abam puting ensem,tentu dapat tanah lot banglo.[em:3:]
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2023 06:36 PM | Show all posts
lelaki muda? yang kacak? celah mana noreeen?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2023 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesungguhnya taste orang lain & dan iols tak nampak pun dekat mana hensem dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.050981 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list