View: 1326|Reply: 11
|
Dah 3 Tahun Zizan Tak Balik Dungun, Tak Selesa Beraya Di Kampung Sebab Rindukan Nenek
[Copy link]
|
|
Sudah tiga tahun pelakon dan pelawak Zizan Razak, 38, tidak beraya di kampungnya di Dungun, Terengganu sejak neneknya, Zainoon Abdullah meninggal dunia akibat kanser.
Zizan atau nama sebenar Mohd Razizan Abdul Razak berkata, dia tidak selesa untuk beraya di sana kerana merindui neneknya itu.
IG
"Saya akan tetap pulang ke kampung, tetapi buat masa sekarang saya memilih untuk beraya di Kuala Lumpur.
"Raya kedua atau ketiga mungkin saya akan balik sekejap jumpa abah. Selebihnya akan berada Kuala Lumpur," katanya.
Zizan ketika ditemui berkata, persiapan menjelang Aidilfitri yang disediakan adalah secara sederhana saja.
"ersiapan biasa saja, sama seperti tahun-tahun lalu saya raya bersama ibu dan abang. Saudara-mara yang lain semua berada di Dungun bersama abah, jadi nanti saya akan pulang juga jumpa mereka," katanya kepada Harian Metro.
IG
Menurut Zizan, suasana beraya di bandar dan di kampung ada perbezaannya tetapi boleh menyesuaikan diri dengan keadaan itu.
Sementara itu, Zizan turut memeriahkan pembukaan kedai jam tangan HAOFA di sebuah pusat beli-belah terkenal di sini, baru-baru ini.
Majlis yang dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti tarian singa, persembahan nyanyian rap, pemberian belon percuma, baucer tunai, pewangi dan peraduan menarik itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif HAOFA Malaysia, Kent; Ketua Pegawai Pemasaran HAOFA, Tan; dan pelakon, Shaheizy Sam.
Zizan ketika ditemui turut kagum dengan rekabentuk dan cara pembuatan jam tangan itu serta bersetuju untuk bekerjasama dengan jenama itu.
Dalam pada itu, Zizan berkata, jadual cuti rayanya tidaklah begitu panjang kerana terbabit dengan penggambaran.
"Tahun ini dan sebelum-sebelumnya saya tidak menetapkan cuti. Kalau perlu ada penggambaran saya akan lakukan saja," katanya.
Terbaharu, Zizan kembali dengan filem Polis Evo 3 arahan Syafiq Yusof yang bakal ditayangkan pada 25 Mei ini.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Knp bapanya x duduk sekali kt KL? |
|
|
|
|
|
|
|
Yerlah, sah2 lah banyak program kan time hari raya |
|
|
|
|
|
|
|
Aik tak faham apa kena mengena rindu nenek dan tak nak balik kampung, patutnya lagi la rasa nak balik nak ziarah pusara nenek tu. Lain la nenek ko bela saka, balik2 je terus dia ikut kau.
Masalahnya jin saka pun tak hengen nak hadap laki perasan hensem n hot stuff serta boya macam ko nyah, ew dah la berhidungkan keropok losong. yih!
Dah level antertu dah pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kakigojes at 21-4-2023 12:52 PM
Pulanglah…. |
|
|
|
|
|
|
|
Akan tiba masanya org yg kita syg kembali pada Allah. Raya je la cam biasa. Kan senang ckp tak selesa rumah nenek kena serbu. Eh, nenek zizang sekampung kan dgn amir ahnaf? So zizan, ko relax sudah sbb tahun ni rasa ramai yg gi serbu rumah kapla high council tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak dgn bapak dia bercerai ke? Gaya cakap tu mcm merajuk je dgn keluarga teganu..jarang aku dgr org rindu nenek hat dah meninggal smpai x sggup balik kg |
|
|
|
|
|
|
|
anilanil replied at 21-4-2023 03:49 PM
Akan tiba masanya org yg kita syg kembali pada Allah. Raya je la cam biasa. Kan senang ckp tak seles ...
Eh nenek dia satu kg ke dgn amir ahnaf tu? Rumah cousin I selang 2 3 buah rumah je dgn nenek dia. Mmg selalu jumpa dgn dia ni setiap kali Raya. Tak pernah tahu pula amir ahnaf org dungun juga. Rasanya amir tu org besut kalau tak salah. |
|
|
|
|
|
|
|
Xpernah nmpk bapak zizan ..mak ngn abang dia selalu nmpk .cerai ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
Taknak balik kampung tapi balik jugak skjap jumpa bapak dia. So apa point story dia ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Taknak balik kg sbb nak elak org ganu tanya pasal jodohkah? |
|
|
|
|
|
|
| |
|