View: 175|Reply: 0
|
85 Terbunuh, Lebih 300 Cedera Dalam Rempuhan Ketika Agihan Bantuan Di Yaman
[Copy link]
|
|
Rempuhan ketika pengagihan bantuan amal di ibu negara Yaman hari ini, menyebabkan lebih 80 maut dan ratusan lagi cedera.
Pihak berkuasa Huthi berkata, tragedi terbaharu yang melanda negara termiskin di Semenanjung Arab itu berlaku beberapa hari sebelum Aidilfitri.
Pegawai keselamatan Huthi berkata, sekurang-kurangnya "85 terbunuh dan lebih 322 cedera" selepas rempuhan di daerah Bab al-Yemen.
"Wanita dan kanak-kanak antara yang maut," katanya kepada AFP.
Sementara itu seorang pegawai kesihatan turut mengesahkan jumlah kematian itu.
Koresponden AFP di ibu negara yang dikuasai Huthi berkata, kejadian berlaku di sebuah sekolah yang mana bantuan sedang diagihkan.
Pasukan keselamatan dikerah bagi mengawal kawasan selepas orang ramai berpusu-pusu di tempat kejadian dengan harapan dapat mengesan ahli keluarga mereka tetapi mereka dihalang daripada mendekati lokasi.
Mangsa yang maut dan cedera sudah dipindahkan ke hospital berdekatan, manakala pihak bertanggungjawab terhadap pengagihan bantuan itu ditahan, kata kementerian dalam negeri dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita Saba.
Menteri Dalam Negeri Huthi tidak mengeluarkan jumlah kematian sebenar namun berkata, "puluhan orang terbunuh akibat rempuhan ketika pengagihan wang secara rawak oleh beberapa peniaga."
Video turut tersebar di media sosial menunjukkan mayat bergelimpangan di dalam sebuah kompleks besar dengan orang ramai mengerumuni mereka.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
| |
|