CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 205|Reply: 1

[Pulau Pinang] Aidilfitri: 3 juta kenderaan dijangka keluar masuk Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 19-4-2023 05:22 PM | Show all posts |Read mode
Aidilfitri: 3 juta kenderaan dijangka keluar masuk Pulau Pinang


Oleh Zuhainy Zulkiffli - April 19, 2023 @ 4:36pm bhnews@bh.com.my




Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi kenyataan media mengenai perancangan strategi memerangi lumba haram kontinjen Pulau Pinang bersama Jabatan dan Agensi Luar pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Timur Laut, Pulau Pinang hari ini. - Foto MIKAIL ONG




GEORGETOWN: Seramai 292 pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pulau Pinang terbabit dalam penugasan secara langsung sempena Aidilfitri dalam Op Selamat bermula 20 hingga 27 April ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dijangka sebanyak tiga juta kenderaan juga akan masuk dan keluar ke Pulau Pinang sepanjang tempoh Op Selamat berlangsung.

Beliau berkata, antara jalan yang dikenal pasti berlaku kepadatan kenderaan dan 'hotspot' kemalangan di lima daerah negeri ini ialah Jalan Teluk Air Tawar-Jalan Bagan Luar, Jalan Perusahaan Perai-Jalan Kulim, Jalan Besar Simpang Empat.

Selain itu, Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu/ Jalan Ayer Itam, Jalan Ayer Itam - Paya Terubong, Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Tun Dr Awang.

"Kepulangan orang ramai ke kampung halaman masing-masing bukan sahaja menyebabkan berlaku pertambahan kenderaan malah kesesakan lalu lintas.

"Kadar lalu lintas di Pulau Pinang dalam konteks mingguan mencecah 2.1 juta kenderaan bagi tempoh seminggu yang mana pada minggu lalu, terdapat 2.2 juta kenderaan, jadi dengan tempoh lapan hari bercuti kita jangka ia akan meningkat kepada 3 juta kenderaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Mohd Shuhaily berkata, Op Selamat kali ini masih lagi mengekalkan konsep sama seperti sebelumnya dengan tujuan utama bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama kemalangan maut pada musim perayaan.

Katanya, tumpuan juga dilakukan terhadap penguatkuasaan undang-undang secara 'total service' kepada masyarakat dalam menguruskan kelancaran lalu lintas.

"Terdapat enam kesalahan utama yang menyumbang kepada kemalangan iaitu memandu melebihi had laju dibenarkan tidak mematuhi lampu isyarat dan memotong barisan.

"Juga memotong garisan berkembar, menggunakan lorong kecemasan serta menggunakan telefon bimbit semasa memandu," katanya lagi.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya mematuhi peraturan undang-undang serta memandu secara berhemah.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2023 10:52 AM | Show all posts
arini pagi masuk Penang jalan kelia ..

balik satg xtau laa ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.234025 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list