View: 2030|Reply: 45
|
Tiada Dinding Dan Berlantaikan Tanah, Parkir Kenderaan Jadi Tempat Tinggal Empat Beranak
[Copy link]
|
|
SUNGAI PETANI – Kesempitan hidup memaksa empat beranak menjadikan tempat letak kenderaan sebagai tempat berteduh sejak dua minggu lalu di Kampung Sungai Batu Besi, Pengkalan Langgar, Bujang, Merbok, di sini.
Keputusan itu terpaksa dibuat Jamil Ahamad, 36, selepas dia berpindah ke sini kerana gagal menjelaskan sewa rumah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Lelaki itu tidak mempunyai pendapatan selepas berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan lebih empat bulan lalu.
 Foto: Kosmo
Menurutnya, selepas berbincang dengan keluarga isteri, Siti Nur Syahera Nabila Hamzah, 28, mereka bersepakat untuk tinggal sementara di tanah lapang bersebelahan rumah mertuanya.
“Kami tiada pilihan selain jadikan kawasan tempat letak kereta ini sebagai rumah untuk didiami bersama isteri dan dua anak berusia empat dan lima tahun.
JAMIL (kanan) di samping isterinya, Siti Nur Syahera serta dua anak perempuan mereka.
“Meskipun tidak berdinding dan berlantaikan tanah, namun inilah kediaman yang sesuai buat kami ketika ini,” katanya ketika ditemui kelmarin.
Tambah Jamil, dia tidak sampai hati menumpang di rumah mentuanya, Shion Junus, 50, kerana rumah itu kecil dan dihuni lima lagi adik iparnya termasuk empat perempuan.
“Kami berhasrat untuk tinggal sementara di sini sebelum menyewa di tempat lain kerana sedang mencari kerja.
“Tambahan pula, isteri sedang sarat hamil dan dijangka bersalin anak ketiga kami awal bulan depan. Jadi biarlah untuk sementara waktu ini kami tinggal berdekatan keluarga walaupun dalam keadaan serba kekurangan,” katanya.
Jelas Jamil, dia tidak dapat melakukan kerja berat kerana tulang pahanya patah selepas terlibat kemalangan jalan raya pada 2009.
“Bagi menampung hidup selepas berhenti kerja, saya mengambil upah melakukan kerja kampung dengan pendapatan tidak menentu.
“Kami hanya mengharapkan bantuan bulanan RM400 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang baru diterima pada bulan ini,” katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB Bank
bernombor 7633233670 atas nama Jamil atau menghubungi talian 017-5135443. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ مِنْ إِمْلَاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ
وَكَذَٰلِكَ زَيَّنَ لِكَثِيرٍ مِّنَ ٱلْمُشْرِكِينَ قَتْلَ أَوْلَٰدِهِمْ شُرَكَآؤُهُمْ لِيُرْدُوهُمْ وَلِيَلْبِسُوا۟ عَلَيْهِمْ دِينَهُمْ وَلَوْ شَآءَ ٱللَّهُ مَا فَعَلُوهُ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ
قَدْ خَسِرَ ٱلَّذِينَ قَتَلُوٓا۟ أَوْلَٰدَهُمْ سَفَهًۢا بِغَيْرِ عِلْمٍ وَحَرَّمُوا۟ مَا رَزَقَهُمُ ٱللَّهُ ٱفْتِرَآءً عَلَى ٱللَّهِ قَدْ ضَلُّوا۟ وَمَا كَانُوا۟ مُهْتَدِينَ
وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا
|
|
|
|
|
|
|
|
tulang paha patah.. isteri sarat hamil.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rancang la dulu family. Bkn menidakkn rezeki tp kesian anak2. Mereka bkn minta lahir ke dunia.
Semoga dipermudahkan urusan |
|
|
|
|
|
|
|
Mengada ngada
Taktik nk dapat umah free
Pfftt |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pelik sungguh. Dah tau kerja tak tetap, pendapatan tak terjamin, miskin tiada harta, yg nak beranak lagi kenapa? Rimas dengar lah... bukan aku tak perihatin, tapi kenapa yg bodoh sangat? Bukannya hospital kita tak ajar ibu2 yg dah ada anak ni untuk merancang keluarga sesuai dgn pendapatan. Dah susah hidup anak bini merempat, last sekali minta sedekah. |
|
|
|
|
|
|
|
Cube menyamar jd rohingya, kjaan negeri syg leh dpt rumah free. Kat Bukit Malut, Langkawi kjaan nak bg rohingya rumah sorang satu. |
|
|
|
|
|
|
|
Usia muda, badan sihat tapi jadi miskin macam ni sekali... Tak lain tak bukan sebab
Pemalas
Takde disiplin
Masalah attitude di tempat kerja
Tak sabar
Nak senang tanpa perlu bersusah payah
|
|
|
|
|
|
|
|
LoveSungmin replied at 19-4-2023 01:37 PM
tulang paha patah.. isteri sarat hamil..
Tu la..kang aku cakap lelebih kang org kata aku jeles la bagai sbb bini dia preknen
Padahal aku sendiri mmg tak nak anak |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kerja cashier kat 7E segala tu kira kerja berat ke sebab tulang paha pernah patah? Soalan serius ni  |
|
|
|
|
|
|
|
Si bini pun kerja cuci rumah org pun boleh aih. Risau dengan nasib anak pompuan tu. Kalau rumah mcm ni laaa boleh dengar mak ayah tengah mengongkek plak tu rasa curiosity tinggi habis laa |
|
|
|
|
|
|
|
fairy_fairy replied at 19-4-2023 11:07 PM
Kalau kerja cashier kat 7E segala tu kira kerja berat ke sebab tulang paha pernah patah? Soalan seri ...
7e kt tempat aku cashier tua skit dari bbnu. Tk pernah jumpa yg umur 30an.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hopefully lps ni jgn bg wife pregnant lagi...cukuplah 3 anak...t20 pun beranak 2,3 org je..umur still muda, lps puasa ni kena all out cari kerja.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hanya mampu membaca beritanya |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih memikirkan Masih baby yang bakalan duduk dalam tempat ittu |
|
|
|
|
|
|
|
harap encik jamil cepat sihat & dapat kerja tetap ye. tapi tolong stopp breeding - pakai kondom. tulang peha pun bukan kuat lagi nak henjut beria. kesian dekat anak hidup merempat. yang kau tau main je. |
|
|
|
|
|
|
|
setuju. 4 bulan jobless. apoooo
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha kannn.. wpon lawak komen uols ni tapi iols setuju banget. nak menyontot elok pulak tak sakit peha tu .
|
|
|
|
|
|
|
|
tahun lepas, tgk siaran tv 3, xingat tajuk..
suami bekas kakitangan awam, yang terpaksa diberhentikan atas faktor kesihatan..jadi si suami berniaga burger utk tampung kehidupan..kesihatan pulak makin merosot..tapi tetap laa bini nye beranak smpai anak 4, masih kecik2...masa penggambaran dibuat, bini tengah mengandung anak ke 5, suami pulak niaga on off sebab kesihatan yg makin teruk, bini bantu dgn meniaga cookies kecil-kecilan aje...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|