View: 847|Reply: 4
|
Tak Suruh Pun, Ada Individu Di Surau R&R Minta Pelawat Bayar RM1.50 Sebab Tolong Jaga Selipar
[Copy link]
|
|
JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia terkejut apabila dikenakan bayaran oleh penjaga selipar di surau sebuah hentian rawat dan rehat (R&R) semasa dalam perjalanan pulang ke kampung.
Liputan 6 melaporkan, menerusi video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @ban94ll, lelaki itu melihat ramai orang duduk di kawasan meletak selipar ketika dia keluar dari surau.
Dia kemudian menghampiri seorang wanita yang menjaga seliparnya.
Menurutnya, penjaga selipar di kawasan itu mengenakan bayaran antara 2,000 rupiah (RM0.60) hingga 5,000 rupiah (RM1.50).
Setelah video tersebut tular, kakitangan hentian R&R itu menegur wanita-wanita yang menjadi penjaga selipar di kawasan itu, tetapi mereka pula dimarahi.
Kejadian itu dikatakan berlaku di daerah Cirebon.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Kita baru tanggalkan selipar, mereka terus sibuk nak menyusun,” komen seorang netizen.
“Ketika pulang ke kampung, kami berhenti di masjid yang sesak. Saya letak selipar, tetapi diambil seorang wanita. Akhirnya minta dibayar juga,” komen netizen lain. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
indonesia, pam angin tayar pun kena bayar. apa saja boleh dibuat niaga. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dekat Malaysia, boleh caj, peras ugut. Biasa lepas gitu je.
Kalau dekat Singapura, tak sentuh, terus ke dalam jail. |
|
|
|
|
|
|
|
macam mat pet jaga parking malam2 yang sepatutnya free. Bagi ja lah singgit.
|
|
|
|
|
|
|
|
seriouslah indon nih...  |
|
|
|
|
|
|
| |
|