CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8265|Reply: 177

Wanita Bengang Ipar-Duai Main 'Booking' Di Rumah Mentua, Sampai Lewat Tetap Dapat Tidur Dalam Bilik

[Copy link]
Post time 19-4-2023 08:06 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita membuat luahan di laman sosial, terguris kerana perebutan bilik di rumah mentua.


Katanya elemen pilih bulu berlaku dalam keluarga besar suaminya hingga menyebabkan dia berkecil hati.


"Balik kampung je mesti berebut bilik. Padahal kami dah sampai awal daripada orang lain, tiba-tiba ada je orang dah booking bilik dulu.


"Sibuk fasal aurat isteri dia, habis aurat saya mcm mana. Mentua pun kadang-kadang serba salah, jadi saya tak ada la nak salahkan dia," ujar wanita itu.




Gambar Hiasan




Wanita itu turut menambah suaminya ada menyumbangkan dana sebanyak RM15,000 untuk renovasi rumah ibu bapanya dan ia seperti tidak dihargai.


"Masa besarkan rumah dan tambah bilik, suami ada bagi RM15,000.


"Adik-beradik yang lain satu sen pun tak bagi. Saya tak kisah pun siapa dapat bilik, janji siapa sampai dulu dia dapat.


"Ini tak, orang yang sama je dapat bilik. Padahal dia la yang terpaling lambat sampai," kata wanita itu kecewa.


Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata pelayar mengakui sering menghadapi permasalahan ini dan mencadangkan beberapa langkah penyelesaian.


"Kalau family saya mesti asing lelaki dengan perempuan. Perempuan semua duduk rumah arwah atuk, lelaki pula duduk dekat homestay. InshaAllah tak ada isu pasal aurat.


"Yang perempuan duduk je la dalam bilik, yang lelaki tidur dekat luar, jangan nak mengada tidur sekali suami isteri waktu raya, ada ramai orang, bertolak-ansur sikit dengan adik-beradik dan ipar-duai.


"Sebab tu sekarang aku perasan ramai dah yang jenis kalau balik kampung tak tidur rumah, sanggup duduk dekat hotel atau homestay.


"Kalau family besar, penat macam mana pun, lepas masak malam raya, balik homestay tidur. Pagi raya datang balik. Ini sebab masing-masing dah ada kesedaran tentang aurat keluarga," kata sebahagian warga maya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2023 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Cari la hotel...senang. duduk reramai dlm 1 rumah ni byk yg tk elok dr elok wpun 2-3 hari je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila beraya atau kenduri
Semua bertandang ramai2
Mak macik cukup pantang yang laki bini sebok nak tido sekali
Karang keluar ayat “mati ke berpisah tidur semalam dua?”
Savage jugak mak macik ghopernye
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 08:19 AM | Show all posts
ada yg xde la smpi tahap booking
tp adik beradik lain dh sedia maklum yg anak ramai ni bg je la biik yg plg besar
dia blik awal ke lambat mmg eventually bilik tu akn dikosongkan bila dia balik

ada plk tu yg x ramai tp saiznya ramai
so bg je la bilik yg beraircond
yg saiz m dgn s beralah la duk bilik berkipas jek

tolerance ke terlebih

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 08:22 AM | Show all posts
jenis tak fhm org lain dan tanak mengalah ni susah..ada sorng cukup dh dlm fmly mmg pening nk handle
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 08:32 AM | Show all posts
Ho ho memang ada je macam ni.  kitarang belah bapak kira B40 so layanan yg kitarang memang kalau balik kampung tidur ala kadar kat mana boleh, selimut ke bantai jgn harap le. yg t20 semua ada bilik.  Bila dah cucu2 semua besar panjang baru lah dapat perempuan satu bilik lelaki tidur kat luar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2023 08:36 AM | Show all posts
eh sapa sampai dulu dia dpt la..

baru soal bilik dah berebut, belum lagi harta mak bapak bila orang tua korang mati esok
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Raya nak happy2 tp perempuan sebok nk gadoh sana sini. Dan selalunya nk buat gadoh bile kene blk rumah mertua. Sudahnya kalo tiap kali raya nk gadoh, korg tak payah raya bole tak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2023 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah kahwin, berfamili bagai, tidoq kat hotel je la..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 08:46 AM | Show all posts
awat tak book otel ke air b&b awai2?

mil meols 2 bulan sebelum raya dah booking kan sbb this year smuaaaa anak2 balik and mmg tau tak cukup bilik
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 08:46 AM | Show all posts
Samerosie replied at 19-4-2023 08:32 AM
Ho ho memang ada je macam ni.  kitarang belah bapak kira B40 so layanan yg kitarang memang kalau bal ...

uihhh dedulu pun deme main kasta2 ke sis?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesimpulannya jgn berlebihan keluar duit sendiri renovate rumah parent hujung2 org lain spt
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 08:49 AM | Show all posts
Kitty_catz replied at 19-4-2023 08:46 AM
uihhh dedulu pun deme main kasta2 ke sis?

Yes la kaka, tak tengok citer kassim slamat ker
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Mula2 sibuk raya jumaat ke sabtu
Dh raya sibuk plk psl nak tido mana
Pdhal bila raya msg2 hadap telefon update medsos
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 08:51 AM | Show all posts
Samerosie replied at 19-4-2023 08:49 AM
Yes la kaka, tak tengok citer kassim slamat ker


deme dah lama rancang, kita je yg lalai gichewww
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mejaputih at 19-4-2023 10:05 AM

Sib baik belah mertua iols mmg bilik cukup utk setiap anak dan arwah mertua dah gazettekan nama anak utk setiap bilik tu..so takde isu rebutan bilik bila time semua balik..pastu belah iols 2 kuarga je yg balik rumah tu, yg lain2 dah ada rumah sendiri berdekatan..tp yg x bestnya mcm ni, takde gotong royong kemas rumah mak iols dan masak gather2 pun takde..sbb nasing2 dah sibuk kat rumah masing2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2023 08:57 AM | Show all posts
Kitty_catz replied at 19-4-2023 08:51 AM
deme dah lama rancang, kita je yg lalai gichewww

hahahaha tapi masalahnya arwah bapak iols tak sedo diri...balik kampung dia anak bini kena macam tu dia tak perasan pun walaupun kitarang protest balik kampung sana lama2 sebab lagi lama lagi prolong suffering ongputih kata.  Makan pun berdiscriminate, had t20 dgn anak2 makan dulu, kami kendian.  Nasib baik lah bila dah tua sikit dia nampak and terus cut off family ties.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Shamilia79 at 19-4-2023 09:05 AM

Bila kau T20 rumah besar dan sgt selesa tetiba kena balik beraya rumah taman kos rendah mertua B40 memang la rasa tak selesa kalau kena tido luar dengan tak cukup bantal l, x ada aircond dan selimut dibagi kain langsir lama yg ada tempat hook lagi... Hahaha..memula kahwin serius aku terkejut sebab rumah mak bapak aku ada 6 bilik dan mak aku sejenis beli stok bantal, tilam dan toto, selimut dan towel banyak2. Rumah mertua aku kalau lupa bawa balik towel mmg kena pergi beli. Tahun pertama aku menantu perempuan kena tido kat luar..dengan rumah sempit org lalu lalang..aku tak boleh tido langsung. Lepas tu aku bagi kata dua kat laki aku.. Aku segan tido luar sebab aku menantu
perempuan. Takut baju terselak ke apa. Kalau tak sediakan bilik aku nak tido hotel. Knowing my husband yg sgt menitikberatkan berkumpul ahli keluarga, maka dia invest pasang aircond, belikan tilam dan bantal, cantikkan bilik air, aku beli set comforter tinggalkan kat rumah mertua, beli penyidai.. So oklah now nak balik pun rasa happy je.. Adik ipar pun dah pindah ke rumah sendiri.. So bilik cuma utk kami dan kleuarga kakak ipar.. Adik ipar bongsu pun dapat bini org2 kat situ.. Kalau ramai dia tido je rumah mertua dia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 09:04 AM | Show all posts
haritu iolss ada ternampak screenshot status + komen kat fb.
status tu pasal balik kg tidur hotel sebab nak jaga aurat anak bini. pastu sorang tu komen. 'tido hotel, pastu datang rumah mak tau makan je. bukan nak tolong masak ke kemas ke'

tapi kebanyakan yg iolss jumpa dorang booking hotel tu memang untuk tidur & bersiap je la. pepagi tu memang dah gerak ke rumah mak nak menolong.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 09:04 AM | Show all posts
kesian tgk jiran.. bila anak2 dah balik kerumah masing2..tak reti mengemas ke..
depa yg tinggal pulak kena basuh selimut, jemur tilam bantal segala .  rumah mcm tongkang pecah.
last raya cucu piut depa curi masuk laman aku n buka rumah kucing..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.471631 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list