CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 354|Reply: 1

Lelaki Cedera Parah Akibat Lindungi Teman Wanita Daripada Terkena Asid Disimbah Bekas Kekasih

[Copy link]
Post time 19-4-2023 08:01 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki cedera parah selepas menyelamatkan teman wanita daripada ‘serangan’ simbahan asid oleh bekas teman lelaki.


Mangsa, seorang warga Thailand dilaporkan memberanikan diri melindungi teman wanitanya daripada terkena asid tersebut.


Kejadian berlaku di rumah mangsa di daerah Si Maha Pho, Prachin Buri, Thailand, pada 17 April lalu.




Foto: Thaiger




Menurut mangsa wanita, Roongrat Towong, dia pada mulanya terdengar ketukan di pintu pada lewat malam.


Dia dan teman lelakinya, Saengpetch, membuka pintu lalu melihat bekas teman lelakinya, Thongkham Klomthong berdiri di hadapan mereka.


Suspek secara tiba-tiba mengeluarkan secawan asid, membuka penutupnya, dan melemparkannya ke arah Roongrat.


Saengpetch, yang berdiri di sebelahnya, segera melompat ke hadapan untuk melindunginya daripada asid, mengakibatkan kecederaan parah di seluruh badan, terutama di bahagian mata.


Susulan kejadian, Roongrat turut cedera apabila asid terkena muka dan bahagian badan yang lain.


Bagaimanapun, suspek melarikan diri dari tempat kejadian selepas serangan itu.


Sebelum ini, suspek pernah menghubungi bekas teman wanitanya untuk mengetahui kesahihan tentang teman lelaki baharunya.


Namun, Thongkham tidak menyatakan sebarang rungutan atau ugutan malah mengucapkan selamat maju jaya pada ketika itu.


Sehingga kini Saengpetch masih menerima rawatan di Hospital Chao Phraya Abhaibhubejhr. -CARI


Sumber: mStar/Thaiger
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2023 08:32 AM | Show all posts
Last2 karang GF tinggal cari lain.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.376759 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list