CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 127|Reply: 0

[Sarawak] Usah sebar video lelaki terjatuh dari tempat letak kereta bertingkat MPS, hormati keluarga mangsa'

[Copy link]
Post time 18-4-2023 10:24 PM | Show all posts |Read mode
SIBU: Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Mohammed Abdullah Izkandar Roseley merayu agar orang ramai supaya tidak menyebarkan video seorang lelaki, yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tempat letak kereta bertingkat MPS di Jalan Wong Nai Siong di sini pada petang Ahad.

Tegasnya, ini penting sebagai tanda penghormatan kepada keluarga si mati.

“Mereka yang mempunyai video semalam (16 April), sila padam dan jangan kongsi. Menularkan video sebegini adalah tidak beretika dan tidak sihat. Hormatilah keluarga mangsa," kata Izkandar pada Isnin.

Pada Isnin, Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Polis (ACP) Zulkipli Suhaili mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kematian mengejut.

Katanya, mayat lelaki warga Filipina berusia 40 tahun itu telah dihantar ke Hospital Sibu.

“Bedah siasat akan dijalankan untuk menentukan punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan.

Mereka yang mengalami masalah emosi digalakkan menghubungi sukarelawan terlatih di Befrienders dengan menghubungi 03-7956 8145/8144 atau e-mel ke sam@befrienders.org.my.

Orang ramai juga boleh menghubungi Befrienders Kuching di talian 082-242800 atau e-mel sam@befrienderskch.org.my.

Befrienders ialah organisasi bukan untung yang menyediakan perkhidmatan sokongan emosi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.

Sebagai alternatif, mereka boleh menghubungi Perkhidmatan Sokongan Psikososial Kesihatan Mental (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999 atau WhatsApp 019-261 5999); atau pusat jagaan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim (WhatsApp 0111-959 8214).


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.063882 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list