CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159|Reply: 0

[Borneo] Mercun dan bunga api bernilai RM640,000 dirampas

[Copy link]
Post time 18-4-2023 10:13 PM | Show all posts |Read mode


Mercun dan bunga api yang dirampas.

KUCHING: Pelbagai jenis mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM640,000 dirampas sejak Januari hingga 17 April baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, rampasan tersebut adalah hasil daripada operasi yang dijalankan di seluruh negeri.
Menurutnya, sebanyak tujuh kes dilaporkan iaitu empat di Kuching dan satu kes masing-masing di Padawan, Sibu dan Bintulu.

"Setakat ini, hanya laporan berkaitan penjualan mercun dan bunga api tanpa lesen yang diterima dan kita telah merampas pelbagai jenis mercun dianggarkan bernilai RM640,000.

"Bagaimanapun, tiada aduan atau laporan kesalahan bermain mercun dan bunga api diterima," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak hari ini.

Jelas beliau, sehingga hari ini, sebanyak 379 permohonan lesen untuk berniaga mercun dan bunga api diterima dan 360 daripadanya telah diluluskan.
"Manakala 19 ditolak disebabkan tapisan jenayah," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai kes terbaru, Mohd Azman memberitahu pihaknya telah merampas 8,739 kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api dalam satu operasi di Jalan Rubber dan Satok pada Isnin.

"Dalam operasi tersebut, didapati kedua-dua premis gagal menunjukkan permit atau lesen sah menyimpan dan menjual mercun serta bunga api tersebut.
"Tiga tangkapan dibuat termasuk seorang wanita membabitkan individu berusia, 37,47 dan 61 tahun," katanya.

Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.064503 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list