View: 930|Reply: 10
|
Lelaki Maut Kereta Dipandu Masuk Lubang Pembetung
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum termasuk ke dalam lubang pembetung yang dipenuhi air dalam kejadian di Bandar Letat, hadapan stesen bas di Sandakan pagi tadi.
Mangsa berusia lingkungan 40-an berkenaan ditemui selepas pasukan bomba bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mengepam keluar air yang dianggarkan sedalam 1.5 meter.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.29 pagi.
“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Produa Viva telah terbabas sendiri dan termasuk ke dalam lubang pembetung yang dipenuhi air yang dalam proses pembinaan oleh pihak JKR, di tepi jalan terbabir.
“Terdapat seorang mangsa lelaki terlibat di dalam kenderaan itu dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi kemudian ditamatkan pada pukul 8.57 pagi.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Loh? Terbukak ke lubang tu?
Mmgla dlm pembinaan, tapi biar je ke ternganga besar mcm tu? Hiyaiii seramnya.
Kalau mangsa mabuk, meols taktau nak ckp apa.
Kalau mangsa bunuh diri, meols ucapkan dah tercapai hajat mu.
Kalau mangsa tak sengaja terbabas, meols ucapkan takziah... Kesian. |
|
|
|
|
|
|
|
kawasan pembinaan sepatutnya ada zink zink tutup kan… alahai… disaster waiting to happen… kat tempat i pun sama je… jalan sibuk, dah la jalan tu ada selekoh, tgh ada pembinaan jambatan baru, jalan yg lama sempit tu kalau motor / keta/ bas / lori terbabas pastu terjatuh sungai mmg terus aje lah dibawa arus |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kepada keluarga. Ada kes tak kalau nak saman jkr atas faktor kecuaian? |
|
|
|
|
|
|
|
cap_ayam replied at 18-4-2023 09:39 PM
Takziah kepada keluarga. Ada kes tak kalau nak saman jkr atas faktor kecuaian?
Kena tengok keadaan yg macamana JKR cordon/barricade kawasan tu memandangkan kalau tengok gambar macam barricade cikai² jer.
Setidaknya ada concrete barrier bersusun dan hazard signage.
Takde mende ni, siap la JKR/kontraktor.
Melibatkan kematian orang awam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Kedalaman air 1.5m.
Kedalaman lubang tu melebihi 3m.
Kalau takde air sekalipun, lubang tetap dalam. |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 18-4-2023 10:42 PM
Kena tengok keadaan yg macamana JKR cordon/barricade kawasan tu memandangkan kalau tengok gambar m ...
Semoga mendapat keadilan sewajarnya untuk keluarga mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
siapa yg kena bertanggunjawab ni ? mlibatkn nyawa ni. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh saman jkr ke x nih... |
|
|
|
|
|
|
| |
|