View: 533|Reply: 3
|
Lelaki Menyamar Sertai Kejohanan Catur Wanita
[Copy link]
|
|
Seorang pemain catur lelaki Kenya berusia 25 tahun berpakaian seperti wanita untuk bermain dalam kejohanan catur terbuka wanita, baru-baru ini, lapor BBC.
Stanley Omondi memakai niqab dan memakai cermin mata dan mendaftarkan dirinya dengan nama Millicent Awour.
Penganjur bagaimanapun mula curiga dengan kejayaan pemain yang tidak dikenali itu.
Selepas tertangkap, Omondi kemudian menulis surat permohonan maaf yang menyatakan melakukan perbuatan itu atas "sebab kewangan" dan berkata, dia "bersedia menanggung semua akibat" atas akibatnya.
Sementara itu, Presiden Catur Kenya, Bernard Wanjala berkata, lelaki itu mungkin dilarang menyertai kejohanan catur selama beberapa tahun.
Menurut BBC, Stanley Omondi, menipu ketika menyertai Catur Terbuka Kenya dengan menyamar sebagai wanita.
Tindakannya untuk memenangi 500, 000 syiling Kenya (kira-kira RM16,000).
"Kami tidak mempunyai sebarang syak wasangka pada mulanya kerana (peserta ) memakai tudung adalah perkara biasa," kata Wanjala kepada BBC Sport Africa.
"Tetapi... kami perasan dia menang menentang pemain yang sangat hebat… dan tidak mungkin ada orang baharu yang tidak pernah bermain kejohanan (menentang pemain hebat)," katanya.
Kasut dipakai 'wanita' itu dan fakta bahawa Omondi langsung tidak bercakap juga menimbulkan keraguan.
"Salah satu tanda amaran yang kami perhatikan (adalah]) kasut, dia memakai kasut yang lebih maskulin.
"Kami juga perasan dia tidak bercakap, walaupun dia datang untuk mengambil tagnya, dia tidak boleh bercakap. Selalunya, apabila anda bermain, anda bercakap dengan lawan anda...," katanya.
Pegawai teragak-agak untuk mengusirnya lebih awal tetapi mereka melakukannya pada pusingan keempat kerana takut mereka akan dituduh mendiskriminasi wanita hanya kerana pakaian berdasarkan agama.
Difahamkan, Omondi adalah pemain catur terkenal tetapi bertindak sedemikian kerana merasakan peluang untuk menang lebih besar jika menyertai kejohanan catur wanita.
Sumber: HARIAN METRO |
|
|
|
|
|
|
|
catur..sepatutnya...lelaki,pompuan..boleh lawan..cuma buat ikut umur jer la..lain la kalo beradu kepantasan(acara lari) atau kekuatan(lontar tukul besi). |
|
|
|
|
|
|
|
itula, xperlu buat kategori gender pon patutnya. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah wakil kelas untuk pertandingan catur
laki pompuan campur
round ke 3 kalah dengan pompuan kelas sebelah
dia ialah kakak kepada 4nn4 r4ffali
|
|
|
|
|
|
|
| |
|