CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2620|Reply: 57

FB LPT Diserang- Pengguna Lebuh Raya KL-Karak Bengang Jalan Sesak Teruk, "Masa Nak Raya Jugalah Nak Betulkan Jalan"

[Copy link]
Post time 18-4-2023 10:48 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Rata-rata pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) meluahkan rasa tidak puas hati kepada pengendali laluan tersebut, Anih Berhad ekoran kesesakan berlaku ketika ini.


Ia susulan kerja-kerja penyelenggaraan yang sedang dilakukan di lebuh raya terbabit sedangkan kebanyakan pengguna mula bergerak pulang ke kampung di Pantai Timur sejak semalam.


Tinjauan di laman Facebook Lebuhraya Pantai Timur (LPT) mendapati, pengguna mula ‘menyerang’ laman tersebut kerana ramai yang terperangkap dalam kesesakan di laluan tersebut sejak semalam.




Foto: FB




Jelas pengguna, laluan tersebut mengalami kesesakan teruk bermula dari Plaza Tol Gombak menghala ke Bentong.


“Time (masa) nak raya baru nak selenggara jalan, bertabahlah perantau-perantau semua,” tulis Hakim Zakaria.


“Dekat-dekat nak balik kampung baru nak selenggara, bagus sangat,” tulis Mohamad Hasra.


Turut meluahkan rasa kecewa adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Halim Ismail.


“Kenapa ‘repair’ hari ni, hari ini kan ‘last’ (hari akhir) sekolah, ramai ambil anak di asrama,” katanya.


Terdahulu, LPT memaklumkan, kesesakan itu berlaku di Kilometer (Km) 11.6 dari Km 20.2 sehingga Km 31.8.


“Pantai Timur 1 (LPT 1) trafik lancar sepanjang lebuh raya di kedua-dua hala,” kata di laman Facebook. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2023 10:54 AM | Show all posts
aduhhh...dah lah nak balik petang nih
bukak lah laluan contra
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kali pertama..
Sebelum ni punmacam tu.time cuti perayaan laa dia nak repair...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 11:10 AM | Show all posts
saje nak menampakkan jem...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 11:40 AM | Show all posts
anih2 saja..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
anih berhad

anih la kerjanya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2023 11:42 AM | Show all posts
apabila projek manager x da akal..mcm ni la jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 12:05 PM | Show all posts
Iols dah pesan awal2 kat mak Iols, kalau beraya jauh, lama atas highway, pakai pampers size M-L siap
dulu penah sangkut jam, dia nak terkencing. menangis dalam kereta. haru betui

bapak Iols, sibuk cari botol air. nayaaaa

ni wargamaya suggest emergency mini toilet, contohnya ini >>> emergency urine bag
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2023 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh tahu nk jln jauh, tkut jem, jgn mkn bukan2 tkut perut jemm
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 12:32 PM | Show all posts
masalah jem ni takkan pernahnye nak selesai
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 12:36 PM | Show all posts
Anih sungguh...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 12:37 PM | Show all posts
kalau tak, ramai tak tau dorang buat keje, jadi sekaranglah masa untuk bersinar
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 01:13 PM | Show all posts
semoga akak yang dari Melaka satu ketika dulu maki2 kat radio Era tu mendonia semula carut diorang ni iyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 01:17 PM | Show all posts
time ni lah nak tunjuk buat kerja ya
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah tahun ni family aku x kelik kelate, kalau x stress hadap jam/cari tandas kat R&R.. cari makan pon susah sebab banyak kedai tutup, last2 cari fast food. Balik sekadar nak menjenguk sedara mara je, wan dah meninggal.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 01:31 PM | Show all posts
KAlau tak jem x la raya.
NAnti bila tak jem, sebuk pulak kata  x jem sbb tradisi balik kampung dah tak ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2023 01:32 PM | Show all posts
pasal 1 jem repair jln sikit jer...mau berkilo2 Q panjang..makan masa..mmg menyusahkan rg jer
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah jem tu penuhlah sampah sarap tepi jln tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ni bila dijangka siap? esok ok tak?
gara2 jem ni la iols tunda nak blk ptg ni ke esok. apebenda laa time ni la nak menurap la menonggeng la cuba buat masa 1st syawal tu InsyaAllah lengang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 01:48 PM | Show all posts
staff meols kata dr semalam dah jammmmm

kawan dia bertolak lepas berbuke

midnight pun baru lepas toll gombak

ntah sohih ke tak.. awal sunggoh set2 mandi telanje kelik gahyoo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.435785 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list