View: 566|Reply: 15
|
Waspada Peningkatan Kes Covid-19 Menjelang Aidilfitri
[Copy link]
|
|
Rakyat di negara ini diingatkan sentiasa berwaspada bagi membendung peningkatan kes jangkitan Covid-19 semasa musim perayaan Aidilfitri ini.
Berdasarkan portal rasmi KKMNOW setakat 8 April lalu, negara mencatatkan 7,643 kes baharu dalam tempoh 14 hari di beberapa negeri dengan Selangor antara merekodkan kes tertinggi iaitu 2,283 diikuti Kuala Lumpur (1,609) dan Melaka (865).
Mengambil kira situasi semasa Covid-19, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, masyarakat masih perlu mengamalkan langkah berjaga-jaga berikutan jumlah kes dijangka meningkat khususnya menjelang Syawal.
Gambar hiasan.
Dr Zainal Ariffin yang juga Penasihat Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia berkata, masyarakat harus waspada dengan virus Covid-19 terutamanya varian baharu XBB yang boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kematian.
"Langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka, mengelakkan tempat sesak, mengambil ujian Covid-19 dan menjadualkan kuarantin kendiri jika didapati positif perlu dipraktikkan oleh orang ramai," katanya.
Beliau turut menasihati mereka yang berisiko supaya melengkapkan suntikan vaksin seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengurangkan risiko jangkitan.
Kes aktif Covid-19 yang direkodkan KKM sehingga kini adalah sebanyak 13,283 kes dengan 96.2 peratus daripadanya adalah kes yang dibenarkan kuarantin di rumah manakala selebihnya menerima rawatan di hospital berdekatan.
Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Malina Osman mengingatkan rakyat Malaysia supaya berhati-hati ketika menyediakan makanan menjelang musim perayaan ini bagi mengelakkan sebarang risiko keracunan makanan.
Menurutnya, masyarakat juga perlu mengelakkan pengambilan karbohidrat yang tidak diperlukan seperti pengambilan minuman bergula berlebihan atau makanan yang kaya karbohidrat kerana ia kurang baik untuk kesihatan.
"Ambil makanan seimbang serta elakkan pengambilan garam atau lemak berlebihan dan janganlah kita perolok-olokkan pula mereka yang cuba mengamalkan pemakanan sihat.
" astikan jumlah air yang diperlukan tubuh badan mencukupi serta dapatkan rehat dan tidur yang cukup, terutama bagi mereka yang memerlukan pemanduan jarak jauh," katanya.
Sumber: HARIAN METRO |
|
|
|
|
|
|
|
elakkan tempat sesak? iols yg tgk vid tular kat jalan tar weekend haritu pun naik semput tgk sbb cemas ramai sgt. serammmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Media… is a virus!
Next!!
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by blastoff at 17-4-2023 03:46 PM
BoongaKertas replied at 17-4-2023 03:29 PM
elakkan tempat sesak? iols yg tgk vid tular kat jalan tar weekend haritu pun naik semput tgk sbb cem ...
ini waktu celebration Raya china di KL..... awat kkm tak riuh plak soh semua berkumpul tuh utk takut covid...double standard plak ye virus hanya suka perayaan org Islam je
https://www.youtube.com/shorts/vNW0KkNcUHA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
PKP = Raya = kes cobid naik = sekatan jalanraya = EPF boleh keluar |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik.. CNY takde pulak amaran2 bagai
 |
|
|
|
|
|
|
|
ada je masa CNY tu news suruh ambik langkah berjaga2 jugak. tapi takde lah keluar media melayu [em:3:]
https://www.thestar.com.my/news/nation/2023/01/13/covid-19-take-precautions-over-chinese-new-year-advises-s039wak-deputy-premier |
|
|
|
|
|
|
|
iols pun pelik, time raya jer ke covid ni mengganas. tp apa2 pun, kita berwaspada jer lah di mana2 jua. iols husnozon jer chuols. covid is so sakit.
|
|
|
|
|
|
|
|
BoongaKertas replied at 17-4-2023 04:37 PM
iols pun pelik, time raya jer ke covid ni mengganas. tp apa2 pun, kita berwaspada jer lah di mana2 ...
yg kau kena tu adalah side effect vaksin sebenarnya |
|
|
|
|
|
|
|
So yesterday sangat... Malaysia je yg x move on lagi....nak lakukan vaksin yg expired ke teww |
|
|
|
|
|
|
|
blastoff replied at 17-4-2023 03:44 PM
ini waktu celebration Raya china di KL..... awat kkm tak riuh plak soh semua berkumpul tuh utk taku ...
Walaupun iols dah bercucuk beksin, hati iols kuat mengatakan virus2 ni sekadar propah jah |
|
|
|
|
|
|
|
yola... virus tu pon keluar beraya kan
dia x gi tgk konsert
tak gi bazaar
tak gi show artis2 (mcm kat klcc tu)
etcetc |
|
|
|
|
|
|
|
Good luck la.. cium pipi 3 kali bagai  |
|
|
|
|
|
|
|
Elok je semua bersalam laga pipi, bertepuk tampar...propa sgt |
|
|
|
|
|
|
| |
|