View: 900|Reply: 14
|
Koperal Polis Putus Kaki, Motosikal Bertembung Jip Dipandu Lelaki Disyaki Mabuk
[Copy link]
|
|
Anggota polis putus kaki kanan apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah jip di Jalan Lintas, berhadapan sebuah pasar raya, di Kota Kinabalu, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, mangsa berpangkat koperal berusia 35 tahun yang bertugas di bahagian Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, dalam perjalanan ke tempat kerja.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, menurut saksi kejadian, pemandu jip dikatakan membuat pusingan U di tempat yang salah.
Katanya, terdapat pemandu lain yang membunyikan hon untuk memberi amaran kepada pemandu berkenaan, namun kenderaan itu sudah masuk ke laluan sebelah.
"Mangsa yang menunggang motosikal datang dari arah Kolombong menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sedang bergerak lurus tidak sempat mengelak menyebabkan berlaku pelanggaran.
"Akibatnya, mangsa putus kaki kanan sehingga bahagian betis akibat terkena besi hadapan kenderaan berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, mangsa diberi rawatan awal oleh pihak ambulans di lokasi sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk rawatan lanjut.
"emandu jip tidak mengalami sebarang kecederaan dan disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.
"Bagaimanapun siasatan masih diteruskan dan sampel darah pemandu jip sudah diambil dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.
Mohd Zaidi berkata, jip itu turut ditahan untuk pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Sumber: HARIAN METRO |
|
|
|
|
|
|
|
Bila nak hukum mati prang macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
ramai pemandu bodoh di jalan raya. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan salah arak tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah PH kerana memperjuangkan lifestyle minum arak atas nama kebebasan individu.... |
|
|
|
|
|
|
|
dah mabuk mmg la 'oku' sementara mana boleh salah kan pemabuk. yg salah pengguna lain yg tak nak hormat dan belas ihsan pada OKU. sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
Da dtg blk musim pemandu mabuk. Kerajaan lemah. Gagal kuatkuasakan undang2 yg membahayakan org awam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
orang tu hilang kaki, cacat kekal seumur hidup... pemandu mabuk, denda, bayar, lepas...pastu mabuk lagi, tunggu giliran kamu semua pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian ....tak pasal2 jd cacat....tumpang simpati... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan cuaca ke yg salah
tibeh |
|
|
|
|
|
|
|
Seriaunya baca berita ni. moga yg baik2 utk abam polis tu |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti urang Malaya yang bawak kereta tu. Takkan urang Sabah pulak kan? Urang Sabah semua baik-baik, hidup harmoni berbilang kaum, makan sama-sama dalam kedai cina makan babi. Betul tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 17-4-2023 10:41 AM
Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman denda antara RM5,000 hingga RM10,000 dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 12 bulan jika sabit
ini la dia law drunk driving di bolehland.
terlalu lemah.
penjara, tak mungkin. except for high profile case.
selalu cuma kena bayar denda jer, itu pun tak sampai 10k.
yang mangsa, hilang kaki dan cacat seumor hidup,
yang lagi malang, ada yang hilang nyawa. |
|
|
|
|
|
|
|
bulat perut dia
putih lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
moga si pemabuk mereput dlm penjara..mmg bikin sewey |
|
|
|
|
|
|
| |
|