CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 193|Reply: 1

Wan Maimunah sedih ditawar RM200 je untuk telefilem

[Copy link]
Post time 15-4-2023 12:28 PM | Show all posts |Read mode



Tiada yang lebih mengecewakan pelakon veteran, Wan Maimunah, 66, apabila sebuah syarikat produksi menawarkan bayaran serendah RM200 untuk menjayakan projek telefilem, tahun lalu.

Enggan mendedahkan syarikat produksi terbabit kerana tidak mahu membuka aib orang, Wan Maimunah yang cukup dikenali sebagai bintang air mata, bagaimanapun, reda, diperlakukan sedemikian.

Malah, Wan Maimunah menganggap ada rezeki yang lebih baik menantinya.

"Saya pernah ditawar menjayakan projek telefilem dengan bayaran RM200. Adakah itu masuk akal? Bayaran RM200 itu untuk keseluruhan pembabitan saya dalam projek terbabit.

"Tidak salah saya, perkara itu berlaku tahun lalu. Pernah orang bertanya kepada saya, siapa mereka itu? Tetapi saya tidak mahu cakap mengenainya dan tidak akan buka aib orang.



"Tetapi tidak mengapalah kerana Allah sebaik-baik perancang dan pemberi rezeki. Saya juga sudah penat," katanya kepada BH Online.

Wan Maimunah berkata, situasi itu memberi kesan kerana seolah-olah bakatnya sudah lagi tidak mendapat tempat.

"Kadang-kadang bayaran ditawarkan produksi baharu jauh lebih baik.

"Bagi saya, situasi itu memenatkan kerana perlu mengambil kira watak yang akan dijayakan termasuk perbelanjaan pakaian.

"Hati saya hancur luluh, ibarat seperti kaca yang sudah pecah apabila dicantum, retak itu masih ada. Saya doakan yang baik-baik, semoga Allah berikan hidayah kepada mereka yang suka menipu orang dan jangan ulangi lagi," katanya.

Biarpun rezekinya dalam bidang lakonan dilihat semakin berkurangan, pelakon drama Laila Majnun ini bersyukur dengan pelbagai nikmat yang diterima.

"Tahun ini, memang tidak ada tawaran lakonan. Untuk Aidilfitri kali ini, tiada wajah saya di televisyen (TV). Mungkin kalau ada sekalipun hanyalah lakonan saya dalam projek dahulu.

"Rezeki Allah boleh datang daripada mana sahaja. Kadang-kadang ada orang yang tidak dikenali hulurkan saya duit atau bayarkan makanan saya.

"Bagi saya itu rezeki yang Allah beri," katanya.

Ditanya perasaannya diperlakukan sedemikian rupa seolah-olah pengalaman berpuluh tahun tidak diendah, Wan Maimunah mengaku sedih, namun, percaya dengan ketentuan rezeki yang sudah ditetapkan Yang Maha Esa.

"Saya tidak merajuk dan masih sayangkan karier lakonan ini kerana sudah sebati dengan diri. Tapi, apabila memikirkan bayaran tidak setimpal seperti itu, lebih baiklah saya duduk di rumah dan berehat.

"Hati saya sebak mengenangkan RM200 sahaja ditawarkan untuk berlakon sebuah telefilem. Jumlah babak mesti banyak dan sudah tentu memenatkan. Tapi, tidak apa memang bukan rezeki saya," katanya ditemui pada majlis penyampaian sumbangan kepada ahli Persatuan Kebajikan Artis Legenda Malaysia (LEGENDA) di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Hulu Klang, baru-baru ini.

Selain Wan Maimunah, lebih 50 artis veteran lain turut menerima sumbangan antaranya Razak Ahmad, Delimawati, Rozie Othman dan ramai lagi.

Majlis penyampaian sumbangan berupa beras dan barangan keperluan masakan itu adalah kerjasama antara LEGENDA, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta syarikat makanan dan minuman, F&N.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2023 04:43 PM | Show all posts
aib mcmni la wajib dedahkan... nanti kene dekat orang lain pulekkkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.050033 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list