CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 319|Reply: 0

Empat 'Oppa' Kena Dakwa Tanam, Proses Dan Jual Ganja

[Copy link]
Post time 15-4-2023 01:36 AM | Show all posts |Read mode
Empat lelaki didakwa oleh Pejabat Pendakwa Daerah Pusat Seoul, Korea Selatan, kerana menanam ganja di rumah dan menjualnya.


Seorang daripada suspek dikenali sebagai Park, berusia 37 tahun, didakwa kerana menanam ganja di apartmen bersama isterinya yang sedang hamil.


Bagaimanapun, Park tidak didakwa atas penggunaan ganja secara peribadi dan membahayakan bayinya yang belum lahir.


Gambar hiasan.




Keempat-empat suspek adalah sebahagian daripada dua kumpulan berasingan.


Park dan rakannya Jung, 38, didakwa menjual ganja yang ditanam di kediaman masing-masing yang terletak di Gimhae, sebuah bandar di Gyeongsang Selatan lebih 300 kilometer ke selatan ibu kota Seoul, dari Mei 2022 hingga Februari 2023.


Kedua-duanya didakwa menjual ganja melalui aplikasi Telegram.



Mereka memiliki mata wang kripto bernilai kira-kira AS$102,000 (RM449,000) yang disyaki pihak pendakwa adalah keuntungan daripada perniagaan haram mereka.


Dua suspek lain yang kedua-duanya berusia 26 tahun, dituduh menjalankan makmal ganja di sebuah kedai dengan berselindung disebalik perniagaan fesyen terletak di tengah Seoul dari Disember 2021 hingga Januari 2023.


Pasangan itu, yang dikenal pasti dengan nama keluarga mereka Kwon dan Park, membawa kepada penemuan peralatan yang diperlukan untuk menanam dan mencairkan ganja.


Makmal itu terletak di ruang bawah tanah sebuah vila, sebuah rumah multipleks di Korea Selatan.


Di Korea Selatan, walaupun terdapat beberapa pengecualian farmaseutikal, penanaman ganja dan penggunaan rekreasi tetap dilarang di bawah undang-undang.


Sekiranya didapati bersalah, maksimum penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga 50 juta won (RM169,000).





Sumber: BH ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.033641 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list