View: 896|Reply: 9
|
Wang Gaji Sebulan Pekerja Gomen Lesap Sekelip Mata Lepas Tekan Pautan Palsu
[Copy link]
|
|
SUNGAI SIPUT – Seorang penjawat awam lelaki berputih mata apabila ‘wang gaji sebulannya’ lesap selepas mengakses link atau pautan bagi pembelian aplikasi penstriman.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kejadian bermula selepas lelaki berusia 40-an itu tertarik untuk membeli aplikasi yang diiklankan di Facebook dengan harga murah.
Katanya, lelaki itu kemudian diberikan satu pautan tanpa mengetahui ia palsu apabila wang simpanannya di bank ditolak tanpa disedari.
 Gambar Hiasan
“Kejadian pada 25 Mac lalu itu berlaku ketika mangsa mahu membeli aplikasi untuk menonton filem dan video.
“Mangsa telah diberikan satu pautan palsu untuk diakses bagi melengkapkan transaksi. Mangsa menyedari ditipu selepas wang simpanan kira-kira RM3,000 di bank lesap,” katanya pada program Semarak Kasih Ramadan 2023 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput, di sini hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, mangsa juga tidak menerima kod pengesahan transaksi (TAC) untuk tujuan pemotongan wang di bank.
“Mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Siput. Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya dia x dpt tac sbb dia link kan acc dia ke fb ni.. skang ni ke unlink kan semua. Xkesah la shopee ke, grab ke.. biarla kita buat one time topup mcm tu.. xsusah mana la dr kelabu mata hilang duit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nanges wei..dah la lambat lg gaji nak masuk...
|
|
|
|
|
|
|
|
penstriman nak tengok apa tu, bola ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
nak langgan p*rn content ke ni? hihihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Iklan Poplook cari forum safe keeeee?  |
|
|
|
|
|
|
|
sangka baik mungkin netflix |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga pasni kita lebih berhati2.... |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 15-4-2023 07:33 AM
penstriman nak tengok apa tu, bola ka?
Hahahahha.. bulan puasa kott.. tengok bola je lah  |
|
|
|
|
|
|
|
kesian ......moga dipermudahkan |
|
|
|
|
|
|
| |
|