View: 358|Reply: 2
|
Berang Disuruh Masak, Anak Pukul Dan Bakar Bapa Hidup-Hidup
[Copy link]
|
|
Seorang bapa yang baru pulang dari kebun dibunuh oleh anak lelakinya hanya kerana diminta untuk menyediakan makanan.
Ketua Perhubungan Awam Polis Nias Utara, Iptu Yadsen Firman Hulu berkata, kejadian di Sumatera Utara, Indonesia itu berlaku kerana suspek membantah dan memarahi bapanya yang berulang kali meminta dia untuk memasak.
Kompas.com melaporkan, suspek yang berang dan dengan tidak berfikir panjang terus mengambil sebatang kayu lalu memukul bapanya yang berusia 57 tahun itu sehingga rebah.
 Gambar Hiasan
Lebih kejam lagi, dia juga mengambil beberapa batang kayu dan menyusun di atas dada mangsa yang sudah tidak berdaya kemudian menyiram minyak tanah sebelum membakar bapa kandungnya itu hidup-hidup.
Tidak lama selepas itu suspek berusia 30 tahun itu tiba-tiba berlari ke belakang rumah lalu menyiram api yang sedang membakar bapanya. Namun, dia melarikan diri sejurus mengetahui bapanya sudah meninggal dunia.
Bagaimanapun, pihak polis berjaya memberkas suspek yang masih berada di sekitar tempat kejadian dan dia ditahan untuk menjalani proses hukuman.
Polis juga turut menyiasat dakwaan suspek sedang mengalami masalah mental.
Mayat mangsa telah dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Beza sikit jee india..indosia.
Rupee..rupiah.[em:3:] |
|
|
|
|
|
|
| |
|