View: 768|Reply: 3
|
Wanita Buat Hal Angkut Barang Runcit Di Kedai Macam Benda Percuma, Alasannya Dah Bayar Cukai
[Copy link]
|
|
Kecoh mengenai seorang wanita yang enggan membayar barang yang dibelinya di sebuah pasar raya.
Kejadian berlaku di Tana Batue, Bone di Sulawesi Selatan, Indonesia.
 Foto: mStar
Rakaman yang dimuat naik di Instagram @terang_media, menunjukkan seorang pekerja pasar raya mengambil beberapa beg yang mengandungi barangan runcit daripada motosikal seorang wanita yang hendak melarikan diri selepas membeli-belah di premis.
Difahamkan, wanita berkenaan enggan membayar barangan runcitnya kerana mengakui sudah membayar cukai.
Bagi wanita itu, jika dia sudah membayar cukai, dia tidak perlu lagi membayar barangan runcit tersebut.
Alasan wanita itu bagaimanapun tidak masuk akal menyebabkan pekerja bertindak menghalangnya dengan mengambil semula barangan runcit.
Sebaliknya, wanita itu berang dengan tindakan pekerja berkenaan dan meminta barang runcitnya dipulangkan.
Aksi wanita itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. -CARI
Sumber: mStar Tribun Medan
|
|
|
|
|
|
|
|
Mencuri terang-terangan |
|
|
|
|
|
|
|
Tak habis2 citer indon caprut |
|
|
|
|
|
|
|
mesia lagi teruk
masuk penjara pun aman2 tak nak bayo cukai  |
|
|
|
|
|
|
| |
|