View: 1010|Reply: 13
|
Polis Cekup Lelaki Disyaki Cetus Kebakaran Motor, Skuter Elektrik Di KLCC
[Copy link]
|
|
Lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian 13 motosikal dan empat skuter elektrik terbakar di kawasan parkir Suria KLCC, petang semalam ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, suspek berusia 34 tahun itu ditahan selepas dikesan berada berhampiran lokasi kejadian sebelum kebakaran berlaku, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
 Harian Metro
Menurutnya, pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran itu pada 4 petang semalam yang dipadamkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur.
"Susulan kejadian, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan sebelum menahan lelaki terbabit beberapa jam selepas insiden.
" olis juga merampas sebuah motosikal jenis RS, serangkai kunci motosikal, satu helai baju dan satu helai seluar, satu sarung tangan, satu beg, satu jam tangan dan satu pemetik api," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, suspek terbabit direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 19 April depan.
" ada masa ini pihak polis menerima 10 laporan daripada mangsa berhubung kejadian khianat ini serta masih lagi mengesan motif sebenar suspek," katanya.
Noor Dellhan turut menasihati orang ramai untuk tidak terbabit dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang, dengan tindakan boleh dikenakan mengikut undang-undang sedia ada.
Kebakaran itu turut tular di media sosial sejak semalam.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Aku 50/50 smlm, khianat atau masalah teknikal ternyata khianat.. Apa motif kau dik??! Awek kau kena sailang ke dik??! |
|
|
|
|
|
|
|
baruanya camne ko boleh terpikir nak gi bakar semua skuter tu. dengki sangat kat skuter2 tu apesal. mak pak tak ajar ko ke |
|
|
|
|
|
|
|
No wonder member aku ckp kes khianat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baek kau mati je dek
Hidup pung tak guna satu sen pung
Menyusahkan orang |
|
|
|
|
|
|
|
Cekap nya boleh identify pelaku dalam kalangan beribu manusia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Moga pelaku kes ini dihukum gantung sehingga mampus.. |
|
|
|
|
|
|
|
Penjenayah beginner 
Nak buat jahat kena professional dik. Bnyk sudut yg perlu dikaji bkn main terjah jer.
Senang2 je kantoi. |
|
|
|
|
|
|
|
pasal kau org lain yg merana
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai manusia gila skrg..takut nak bersosial |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak rasa mamat tu yang bakar pun.. tantah scapegoat je sebab company BE*M tu nak cover reputasi kot takut company saham jatuh merudum...
boleh baca kes kebakaran EV level meletup nya mampu sinking the whole ship |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 15-4-2023 08:11 AM
Cekap nya boleh identify pelaku dalam kalangan beribu manusia.
Baca berita boleh, bircaya jangan  |
|
|
|
|
|
|
|
Last year, a ship carrying 4000 luxury vehicles tmasuk audi, porsche, bentleys terbakar teruk disebabkan battery pack kereta meletup... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
selipar_hijau replied at 14-4-2023 04:45 PM
baruanya camne ko boleh terpikir nak gi bakar semua skuter tu. dengki sangat kat skuter2 tu apesal. ...
Entah la.. apa salah skuter tu kat heols sampai heols dendam begitu skali |
|
|
|
|
|
|
| |
|