CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 716|Reply: 7

Pakar Dermatologi Racun Suami Kerana Semut

[Copy link]
Post time 14-4-2023 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Pakar dermatologi di Amerika Syarikat (AS) dituduh meracun suaminya dengan memasukkan cecair pembersih rumah ke dalam minuman.


Yue ‘Emily’ Yu dari South Carolina didakwa berbuat demikian kerana mahu membunuh semut.


Dia didakwa atas tiga pertuduhan jenayah meracun dan satu pertuduhan keganasan rumah tangga selepas disyaki memasukkan bahan kimia itu ke dalam minuman Dr Jack Chen.




USA Today




Lapor Mirror, Jack memasang kamera tersembunyi di dapur rumah mereka selepas mengalami kecederaan organ dalaman kerana bimbang kemungkinan diracun isterinya.


Setelah melihat semula rakaman kamera itu, Jack mendapati isterinya sedang menambahkan bahan kimia tersebut ke dalam minumannya.


Semasa sesi perbicaraan mahkamah, peguam mewakili suspek, David Dworakowsk mendakwa rumah pasangan itu diserang semut dan Yue hanya cuba membunuh serangga tersebut bukan suaminya.     




People




“Pendakwa raya membuat kenyataan seolah-olah rakaman kamera Yue adalah bukti konklusif.


“Tetapi, realitinya dia hanya cuba menarik semut ke dalam cawan minuman itu agar serangga tersebut dapat dibunuh,” katanya.


Menurut Dworakowsk, anak guamnya mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan berkenaan.   


Dalam dokumen mahkamah yang difailkan, Jack mendakwa rakaman kamera menunjukkan isterinya sedang memasukkan cecair pembersih longkang, Drano ke dalam minumannya.   


Jelasnya, perbuatan Yue menambahkan bahan kimia itu ke dalam minumannya dirakam sebanyak tiga kali.


“Saya mempunyai video Yue sedang memasukkan cecair Drano yang diambil dari bawah sinki dapur kami, dan bertindak menuangnya ke dalam air limau,” katanya.




NBC Los Angeles




Jack menghantar sampel minuman itu kepada pihak berkuasa yang kemudian mengesahkannya sama dengan cecair pembersih rumah.


Yue ditahan pada 18 Ogos selepas suaminya mula mengesyaki perbuatan isterinya pada April lalu.


Wanita itu kini berdepan hukuman penjara lapan tahun sekiranya didapati bersalah meracuni suaminya dengan cecair pembersih rumah.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2023 10:50 AM | Show all posts
cerita dah lama ni…  baru nak dakwa eh…
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2023 11:01 AM | Show all posts
“Tetapi, realitinya dia hanya cuba menarik semut ke dalam cawan minuman itu agar serangga tersebut dapat dibunuh,”


Bayangkan jd peguambela aunty nih dan ucapkan stetmen tersebut di khalayak ramai   

Dlm byk2 bekas utk 'mengumpan' semut, cawan laki dia jugak yg aunty tu pakai.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2023 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 13-4-2023 07:01 PM
Bayangkan jd peguambela aunty nih dan ucapkan stetmen tersebut di khalayak ramai   

Dlm byk2 ...

Sekarang if mahu file divorce better saperate/keluar dari tinggal sekali... Ramai sakit mental.. Banyak case begini spouse membunuh... Selalunya finacial issue...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2023 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Samalah kalau ada makbapak dah tua ada sorang adik beradik nak2 yg jobless lesbo ke andartu yg jaga. Mmg kena monitor nok ada kawan akak habis harta makbapak dia sapu sorang  Zaman transfer online ni tgk2 lah baki duit bank makbapak, geran2 tanah, apa2 yg boleh dijual tu mmg ada spesis pompuan gila mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2023 06:31 PM | Show all posts
Edited by dani-rox at 15-4-2023 06:32 PM
Dwdrum replied at 14-4-2023 11:43 AM
Sekarang if mahu file divorce better saperate/keluar dari tinggal sekali... Ramai sakit mental.. B ...

tapi kan, dah dok asing2 pun masih bahaya. duit insurans, takmo bahagi harta sepencarian, berebut hak jagaan anak, obsessed dgn pasangan etc

ai teringat satu kisah ai baca kat twitter, tak tahulah kisah benar ke idokk hahaha... psl sorg perempuan nih baru kawen lepas berkenalan dgn suaminya hanya bbrp bulan. setiap kali dia bercuti dgn hubby ke cabin di tgh2 hutan atau pergi hiking, dah jd kebiasaan dia org akan singgah dan makan2 di rumah in laws. tapi setiap kali tu jugak lah si wifey nih jatuh sakit dan terpaksa cancel percutian - so dia suspect MIL dia bg racun dlm makanan. Akhirnya, bila mereka pergi lawat in laws lagi, sebelum makan wife tiba2 tukar pinggan dgn si hubby. opkos la hubby pun jatuh sakit. kemudian bila sembuh, wife bgtahulah dgn hubby - MIL berniat jahat selama ni nak bunuh si wife. Hubby mengamuk giler, wife jd ketakutan dan lari sembunyi rumah kawan utk 2-3 hari. Selama tu jugaklah hubby takbole contact dia. Bila wife dah start berani balik rumah sendiri, dia dpt mesej drpd polis - Rupa2nya hubby pergi confront dan nak bunuh maknya sendiri aka si MIL. So si mak pertahankan diri dgn tembak anaknya ittew. Siasat punya siasat, si mak/MIL pun ceritalah dgn si wife dan polis, dia suspek anak dia bunuh isteri terdahulu yg mati secara 'kemalangan' ketika hiking, utk dptkan duit pampasan insurans. MIL takmo benda yg sama berlaku dgn menantu yg kedua ini sbb MO nya sama jah. Oleh itu, dia buatkan menantu keduanya nih sakit2 setiap kali nak pergi bercuti ke kabin dan hiking. Si wife terkejut sgt bila dpt tahu si somi dah ambik bbrp insurans atas nama dia tanpa pengetahuan dlm tempoh yg singkat lepas kawen. The end.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2023 06:35 PM | Show all posts
Oh, I could throw you in the lake
Or feed you poisoned birthday cake
I won't deny I'm gonna miss you when you're gone
Oh, I could bury you alive
But you might crawl out with a knife
And kill me when I'm sleeping
That's why
I can't decide
Whether you should live or die
Oh, you'll probably go to heaven
Please don't hang your head and cry
No wonder why
My heart feels dead inside
It's cold and hard and petrified
Lock the doors and close the blinds
We're going for a ride





Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2023 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 15-4-2023 02:31 AM
tapi kan, dah dok asing2 pun masih bahaya. duit insurans, takmo bahagi harta sepencarian, berebut h ...

Divorce sekarang memang cost tinggi... Sebab itu perlu prenup if kita ber harta... If lelaki filthy rich tidak perlu prenup

Baru ini ada juga case baru hubby Dr juga ada financial issue membunuh...

Sekarang ini memang bukan mudah cari jodoh ter utama tentang membunuh sebab insurance.... Sebab itu tidak pernah dating lelaki luar dari circle sendiri... Memang susah untuk ada trust..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.057869 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list