Badan Amil Zakat Nasional (Baznas) pada Khamis menganjurkan program membuang tatoo secara percuma di di Masjid Darul Jannah Jakarta Selatan.
Sukarelawan, Rahmat, berkata 85 penduduk menyertai program yang hanya berlangsung satu hari itu.
 SEORANG lelaki menyertai program membuang tatoo secara percuma di Jakarta Selatan. FOTO Agensi.
Ia sudah pun diadakan di beberapa wilayah lainnya di Jakarta.
"Kuotanya hari ini 100 orang, tapi kira-kira 85 yang hadir. Kita bermula dari pagi hingga petang," katanya kepada media.
Rahmat berkata, peserta perlu menjalani pemeriksaan darah dan kesihatan terlebih dulu dan boleh mendaftar untuk membuang tatoo secara percuma secara online.
" emeriksaan diadakan bagi memastikan mereka sihat tubuh badan. Ada doktor akan periksa dari sudut perubatan jugaa.
"Selain itu, ada yang dibius untuk mengurangkan rasa sakit ketika proses laser dilakukan.
" roses ini mengambil masa antara tiga hingga lima minit. Ada juga yang menjangkau sehingga 15 minit bergantung kepada keadaan," katanya.
Sumber: Harian Metro |