aku=dia tu maksudnya Tuhan itu dalam kita..sifat, zat kita semuanya ada dalam diri dan jika kita baik, maka baiklah peraturan hidup dan jika jahat, binasalah kehidupan... soalan "Kau sembahyang? Apa yang kau sembah" tu ada yg pernah bgtau aku kita kena kenal asal-usul diri kita baru kita boleh kenal tuhan..kalau tak kenal diri, maka sia-sia le sembhyg sbb kita takkan kenal sapa dan apa yg kita sembah..kenapa cari Esa yang tidak nampak oleh kacamata sedangkan diri sendiri tidak dikaji?..sikit-sebanyak yg aku tahu ...maaf ye kalau terasa..
aku=dia tu maksudnya Tuhan itu dalam kita..sifat, zat kita semuanya ada dalam diri dan jika kita bai ...
buangmasa Post at 17-12-2010 14:28
benar tu...namun perkataan sembah yang juga tidak tepat ..kerana jika sembah bermakna ada objek yang disembah..sedangkan Allah bukanlah 'objek' yang boleh disembah ,seolah bertempat dan berhala..perkataan solat yang lebih tepat..
satu lagi lagu M Nasir yang buat kita renungkan..Sang Pencinta
Menanti satu detik pandangan magis mu
Cukup untuk meredakan rindu duniawi
Segala dugaan dan pesona
Menjadi irama indah
Kesakitan ragaku
Berlalu pergi Tiada bererti
Pada Mu jua Tertuju segala jalan
Pada Mu jua Cinta ku serahkan
Kerna hati seorang pencinta
Pandangannya satu
Matanya hanya melihat Dia
Yang melihatnya Hanya Dia kekasihnya
Sang Pencinta… Hanya Dia merasa
Semangat sebuah pengorbanan
Sang Pencinta… Hanya Dia mengerti
Persoalan percintaan ini
Cinta ini Rela menderita
Agar rindu batinnya terubat
Mengenang Dia Cinta yang dipuja
Mengenang Dia Cinta yang diredha
Hanya Dia Mengenang Dia Hanya Dia
Menanti satu detik pandangan magis mu
Cukup untuk meredakan rindu duniawi
Segala dugaan dan pesona
Menjadi irama indah
Kesakitan ragaku
Berlalu pergi Tiada bererti
pada rangkap ini penulis menyatakan rindunya utk menatap wajah kekasih..padanya segala kesakitan fizikal dan mental /rohani dan jasmani terhapus pabila dapat bertemu sang kekasih..
Pada Mu jua Tertuju segala jalan
Pada Mu jua Cinta ku serahkan
Kerna hati seorang pencinta
Pandangannya satu
Matanya hanya melihat Dia
Yang melihatnya Hanya Dia kekasihnya
sebagaimana perasaan seorang yang sedang bercinta segala2nya utk kekasih..apa yang dilihat,dilakukan segalanya utk kekasih..dan lagu ini menyatakan kasihnya kepada Allah..iaitu segala perbuatan dari Allah kepada Allah untuk Allah..pabila mahabbah telah memenuhi ruang hati..tiada lain melainkan Dia yang dituju dan kepada Dia segala maksud tujuan..sehinggakan pandangannya jua tidak melihat segala sesuatu melainkan Allah semata2..
Sang Pencinta… Hanya Dia merasa
Semangat sebuah pengorbanan
Sang Pencinta… Hanya Dia mengerti
Persoalan percintaan ini
Cinta ini Rela menderita
Agar rindu batinnya terubat
Mengenang Dia Cinta yang dipuja
Mengenang Dia Cinta yang diredha
Hanya Dia Mengenang Dia Hanya Dia
Akhirnya hanya sang Pencinta saja yang dapat memahami perasaan dan rasa cintanya..kerana cinta ini bukanlah cinta biasa ..ia adalah cinta ketuhanan..dengan menjalani hidup dengan segala ujian,penderitaan sang pencinta rela demi cintanya kepada Kekasih..hanya dengan itu rindunya dapat terubat ..tanpa jemu dan henti..perasaan ini terus bersemadi dalam lubuk hati yang penuh keasyikan mengenang Sang Kekasih..betapa agungnya..
sentuhanMu bukan datang dari dunia materi,
terasa ini pernah mengusikku bagai dejavu
= maybe m. nasir cuba nak describe ulang tayang @ dejavu peristiwa perjanjian "alastu birobbikum? qaalu bala! syahidna" atau pengalaman musyahadah bertemu si DIA kekasih hakiki di dalam solat; esp. ketika mengangkat tasyahud semasa di dlm tahiyyat. Dlm kembara rohaniyyah ianya digelar dgn istilah "salaam zaman".
encik sejarah pandai relatekan dengan proses kembara rohani,disamping mengaitkan dengan perjanjian semasa 'alastu..' dan solat..barangkali banyak lagi yang perlu digali dan difahami..terima kasih atas perkongsian ini...
satu lagi lagu M Nasir yang indah untuk direnungi. Lagu cinta banyak disajikan tetapi konsep cinta itu sebenarnya luas bukan hanya lawan jantina sahaja. Dalam lagu ini M nasir menyatakan tentang falsafah cinta yang begitu mendalam untuk kita sama-sama renungkan....
Falsafah Cinta
Bila hadir kasih sayang
Tanda cinta sudah berakar
Terkadang buta hidupmu
Terkadang semangat gelora
Rasa cinta kepada keindahan
Tanda yang peka kepada kejadian
Berdiri di atas kehendak keamanan
Kedamaian
Cinta menciptakan rindu
Juga membuat kita sendu
Semangat terbakar hangus
Hidup mesti terus
Kerana cinta duniamu berperang
Itu cinta sesat di perjalanan
Demi cinta kita terlupa dunia
Kesesatan
Marilah kita bersama terus bercinta
Menjadi cermin untuk manusia
Hentikan tangisan rindukan ketenangan
Cinta ini penuh keindahan
Kasih dan sayang
Begitulah sunnahNya Puan MJ,
berapa dlm lagi harus kita gali 'tanah' ini?...
GEMA DI INDERALOKA
>tapi kenapa Kau hadir saja dalam setiap mimpi2x ku,
=bagi yg dah terbuka hijab rohani or hati nuraninya, begitulah ahwal al-kesahnya... senantiasa dari masa ke semasa menerima ajakan/ bisikan/ lintasan2 ilham/ khatir/ warid mimpi2 yg benar/ astral travel dnsbg.nya hadhir dari peringkat malakut ke ataslah and so forth...
Kiranya berupa 'warkah2' utusan kasih-sayang spesel punyalah dari Sang Kekasih Haqiqi diri kita, eherm...
>Kau meninggalkan kunci & peta kalau aku Kau tak ingini,
=kalimah penyaksian yg kita hayati 24/7 tu, "LaaIlahaIllalLaah" itulah kuncinya (ini special key vleyh bukak ittew peti harta ~ANA~ yg tersembunyi @ kanzun mahfiyyan) ;)
& "MuhammadurRosululLah" itulah petanya (jalan asSunnah rohani Muhd s.a.w.) (mencapai khuluqil 'azhim via siddiq + amanah + tabligh + fathonah) (pintu gerbang ke makrifatulLah)
*ada kunci ada peta... itu peti mana Dia ADA haaaa? huhuhu
>Kasih, siapa aku di sisiMu?
=err lu worang fill in da blank mah, sindili mao hingat lowh...
Begitulah sunnahNya Puan MJ,
berapa dlm lagi harus kita gali 'tana ...
sejarah Post at 23-12-2010 12:42
huhu..en sejarah jauh advance mengkaji dan menulis ttg lagu M Nasir..benarla jauhari saja yang mengenal manikam.. saya cuma terangkan mengikut kefahaman orang awam dan sebagai tulisan separa akademik...ulas lebih2 nanti org fenin
huhu..en sejarah jauh advance mengkaji dan menulis ttg lagu M Nasir..benarla jauhari saja yang me ...
miftahuljamilah Post at 23-12-2010 05:24
heppp...! err yes but no you know
ekceli M. Nasir pun tak pernah bataskan makna tersirat lagu2nya kpd skop pemahaman tertentu sahajork hahahah
Maybe m.nasir lebih prefer let it be what it will be, konsepnya pun flexible, abstrak n universal.
Cuma gwa jer yg prasan lebeyh2 sudu dari kuahnya dek kapla howtak yg terover tuned! ngeeee
But... it's still fun though, 'coz sharing is caring, aiseh...
hehe..saya teringat dulu M Nasir gelak je budak2 Mentor nyanyi lagu2 dia..."korang bukan faham pun.."selamba je dia cakap hehe sambl senyum..
dia memberikan kebebasan kepada audien untuk mentafsirkan lagu2nya..itu yang mencabar pendengar sebenarnya untuk memikirkan setiap rangkap lagu2nya..
tapi...ade lagu m.nasir yg spritual yg tak complicated.cth...kau yg satu.maybe sbb ramli sarip nyanyi lagu neh dgn bagus sekali org tak sedar atau tak ambik peduli ini lagu dan lirik dari m.nasir...
Kau Yang Satu Artist: Ramli Sarip
Kaulah Yang Maha Esa
Kaulah Yang Maha Pengasih
Kaulah Yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpaMu
Kaulah Yang Maha Agung
Kaulah Yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpaMu
Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
OH Tuhan yang satu
Engkaulah Tuhan yang satu
Segala puji-pujianku
Tujukan padaMU..padaMU
Dan hidup dan matiku hanyalah
UntukMu..untukMu...untukMU
KepadaMu Kekasih
KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali
KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri
Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu
KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini
Inikah dia yang kuimpikan
Dalam lambaian firdausi
Kali ini kuharapkan
Bukan Fatamorgana lagi
Jiwa lama bersengketa
Sedang hakikatnya kita sama-sama redha
Hati hamba dah besedia
Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi
Sepertimu ,aku juga pernah
Persoalkan kekuatan batinku
Dalam seribu kekalutan ku cinta
Dalam sejuta resah ku cinta
Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta
Dalam rasa paling rendah
Ku angkat cinta
Rinduku bukan kemurahan
Jika mahu dianggap mainan
Kau Tanya bilangan namamu ku sebut
Jawabnya hanya sekali
Lafaz tak terputus
Cinta ku yang ku maksudkan
Seperti buih-buih di milik lautan
Seperti nafas yang meresapi badan
Seperti kenangan yang tak pernah luput
Selamanya…….
lagu neh aku taksirkan...kita bercinta kerana Allah ta'ala
yup.tapi lagu kau yg satu adalah satu-satunya lagu dlm dunia neh yg dari dulu sampai skrg atau sampai bila2..akn menangis atau hendak menangis.kalo nak ikutkan lirik dia lebih kurang sama zikrullah lagu2 nasyid biasa tapi lagu neh mmg luar biasa
rintihan hati dari seorang kekasih kepada kekasih...ia barangkali ditafsirkan kasih teruna kepada dara..latar suasana malam menunujukkan waktu kemuncak bagi hati kekasih ...kerana malam suasana tenang,damai dan sunyi..hati meronta merindu...Namun bagi kekasih nan SATU.malam sbg tempat pengaduan dan afdhal di sepertiga malam diiringi munajah kepada ilahi..waktu ini 'kekasih terasa lebih hampir dan khusyuk dalam melakukan ibadah...hayatilah ..Lambaian Sukma..lagu ini cukup tenang,syahdu dan lembut..irama asli
Lambaian Sukma
Lambaian sukmaku
Lambaian sukmaku berlagu membisik
Tanpa suara namun berbicara
Aku dan kekasihku
Air mata menitis
Air mata menitis di malam kudus
Bimbang nak berpisah resah gelisah
Aku dicoba
Terangilah jalan
Terangilah jalan sampai ke sana
Bukan angan-angan
Bukan angan-angan yakin perasaan
Lambaian sukmaku
Lambaian sukmaku mencipta rindu dendam
Namun dendam itu untuk engkau satu
Wajah sayup ayu
Terangilah jalan
Terangilah jalan untuk ke sana
Bukan angan-angan
Bukan angan-angan ku yakin perasaan
Lambaian sukmaku
Lambaian sukmaku mencipta rindu dendam
Namun dendam itu untuk engkau satu
Wajah sayup ayu
Kerana engkau
Kerana engkau aku berkelana
tapi apasal cover album m nasir zaman kembara/80an dulu ada unsur2/lambang freemason? adakah dia ah ...
super_nova Post at 13-12-2010 21:35
Setahu aku cover album M.Nasir masa dia ngan Kembara diambil dari lukisan S. Amin Shahab yg merupakan besan M.Nasir di mana M.Nasir kahwin adik (Allahyarham Nana) dan S.Amin kawin kakak (bekas kumpulan Ideal Sister)...Maksud tu aku tak sure lah dlm lukisan tu...M.Nasir & S.Amin dulu satu Universiti di Universiti Nanyang, S'pore..derang amik art..Selain dari Arwah Loloq, Bob adalah antara penyumbang lirik dalam lagu M.Nasir antaranya Lagu Di Jalan Yang Sesat, Padang Lalang dan jugak dinyanyikan oleh penyanyi lain..Lirik Nasir Jani aku suka lagu "Bikin Filem"..suka tang yang last sekali "Cuttttttttttttttt!!! Tak boleh berlakon jadi penyanyilah, mangkuk hayon.. dah 380 take tak betul2, harap muka aje lawa, kau ingat muka aje bole cari makan? Pegi Disko la..." penuh sindiran tp kena banned takleh siarkan kat radio...