View: 426|Reply: 9
|
NASA Bina Habitat Marikh- Beri Sumber Terhad, Buat Angkasawan Tertekan
[Copy link]
|
|
HOUSTON TEXAS – Sebuah habitat buatan manusia berdasarkan persekitaran Marikh dibangunkan di sebuah kemudahan di negeri Texas sebagai persiapan kepada angkasawan sebelum misi ke Planet Merah.
The Sun melaporkan, dinamakan CHAPEA’s Mars Dune Alpha, kemudahan seluas 157.9 meter persegi itu dibina di Pusat Angkasa Lepas Johnson milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).
Ia bakal dihuni sepanjang tahun oleh angkasawan-angkasawan yang akan menyertai misi ke Marikh.
 Foto: AFP
Tujuan pembinaannya adalah untuk mengetahui kesan pengasingan selama setahun dan sumber yang terhad ke atas kesihatan manusia.
Habitat mirip Marikh itu menampilkan empat bilik kecil, dua bilik mandi, sebuah gimnasium dan sebuah kawasan rehat di samping sofa.
Turut direka adalah kira-kira 111.4 meter persegi tanah merah yang terletak di dalam ruang gelembung di belakang pintu kedap udara palsu.
“Ini situasi yang benar-benar ekstrem. Anda mengarahkan individu tinggal dan bekerja bersama selama setahun.
“Mereka bukan sahaja perlu tinggal secara harmoni, bahkan perlu hidup dengan baik bersama-sama,” kata ketua Makmal Kesihatan dan Prestasi Tingkah Laku Pusat Angkasa Lepas Johnson NASA, Dr. Suzanne Bell.
Selain itu, NASA akan mewujudkan beberapa situasi yang memberikan tekanan kepada angkasawan, contohnya sumber terhad supaya kru bersetuju membahagikan makanan atau kegagalan peralatan.
Sampah yang dihasilkan mereka juga akan dianalisis oleh saintis-saintis NASA bagi mengetahui bagaimana produk boleh diguna semula di angkasa lepas. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Misi inspired dr movie the Martian ka?
Toksah dok sana lar.
Br pas nengok movie Life.
P kutip organism dr mars patu evolved jadik scary alien.
Saiko aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman aku kerja dulu buat double trip back2back atas kapal selama 3 bulan pun aku dah start screaming kat crew2. Memang boleh bengap otak dok dlm environment yg pusing2 kat situ jugak  |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian diorang nih....belajar tinggi2 tp idup lg teruk dari papa kedana....demi sains kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
kotakominami: Kesian diorang nih....belajar tinggi2 tp idup lg teruk dari papa kedana....demi sains kan....
sains orang putih macam tu la. yang baik dia kaji yang tak baik pun dia kaji.
diorang boleh buat sebab ada peruntukan. tak payah pikir kos bajet apa semua.
|
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 13-4-2023 10:08 PM
Misi inspired dr movie the Martian ka?
Toksah dok sana lar.
Br pas nengok movie Life.
Xfaham kenapa nak explore mars ni sedang kan kat bumi ni pon byk lagi tempat yg manusia x sampai or x explore lagi
Lepas tu nak sampai sana dah amik sekian masa…sampai2 dah tua…dengan x ada apa2 pon kat sana, kena stat totally zero
Bumi dah elok Allah jadi kan ada hutan laut air semua…sana tandus gila , udara beracun….nak sgt, pi lah duk kat gurun sahara kat bumi ni…bosan2 boleh naik keta pegi burj dubai ka…kalau mars, bosan2 nak p mana?? Kang ada kes bunuh diri |
|
|
|
|
|
|
|
Manusia menghuni bintang petanda kiamat mau hampir, semoga taliban masih kekal taliban perempuan arab masih berkelubung itu melambat kan proses |
|
|
|
|
|
|
|
kat bulan pun tak sampai² lg |
|
|
|
|
|
|
|
sebut marikh teringat filem total recall je |
|
|
|
|
|
|
| |
|