CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 176|Reply: 0

[Sabah] Ambulans swasta bawa pesakit dari Labuan terbabas di Kuala Penyu

[Copy link]
Post time 13-4-2023 08:24 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan ambulans yang terbabas sendiri di Jalan Kuala Penyu Kampung Binsulok di sini.TERBABAS: Keadaan ambulans yang terbabas sendiri di Jalan Kuala Penyu Kampung Binsulok di sini.

BEAUFORT: Sebuah ambulans swasta yang membawa pesakit terbabas ke dalam parit semasa dalam perjalanan di Jalan Kuala Penyu Kampung Binsulok di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata kejadian kira-kira 2 petang itu membabitkan sebuah ambulans dinaiki tiga individu termasuk seorang pesakit dalam perjalanan dari Labuan menuju ke hospital swasta di Kota Kinabalu.

“Panggilan kecemasan berhubung kejadian ini diterima pada jam 2.17 petang dan sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu digerakkan ke tempat kejadian.

“Terdapat tiga mangsa terbabit dalam kemalangan dilaporkan dalam keadaan selamat.

“Kesemua mangsa bagaimanapun sudah dibawa ke hospital menaiki ambulans dan kenderaan orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Katanya pasukan bomba bertindak membuat pemeriksaan di kawasan kemalangan bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan pada 2.42 petang.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.053631 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list