CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 242|Reply: 0

Wanita Hidap Kanser Tahap Empat Bertutur Semula Lepas 90 Peratus Lidah Dipotong

[Copy link]
Post time 13-4-2023 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Satu keajaiban berlaku apabila wanita yang lidahnya 90 peratus dipotong akibat barah agresif, boleh bertutur kembali.


Gemma Weeks, 37, berkata, dia mengalami masalah dengan lidahnya selama enam tahun selepas tompok putih kecil muncul sebelum membentuk lubang besar pada Februari lalu yang menyakitkan dan membuatkannya tidak boleh makan.




SWNS




Katanya, dia merujuk kepada pakar sebelum dimaklumkan menghidap barah mulut dan leher tahap empat, lalu menjalani pembedahan segera kerana barah itu mengancamnya.


"akar perubatan memberitahu kerana sifat agresif kanser itu, sebahagian besar lidah saya perlu dibuang dan mungkin tidak akan dapat bercakap lagi selepas ia 'dibuat' semula menggunakan cantuman tisu daripada lengan.





SWNS




"Namun, siapa sangka saya mampu bercakap semula selepas beberapa hari menjalani pembedahan.


"Walaupun masih melalui kesukaran untuk menyebut perkataan tertentu, saya boleh berbual macam biasa," katanya.


Katanya, sebelum ini dia takut memikirkan tidak boleh bertutur, makan dan minum dengan mulutnya.




SWNS




"ada mulanya, selepas pembedahan, saya tidak dapat bercakap langsung dan doktor rasa ia kekal.


"Tetapi, perkataan pertama yang saya katakan ialah hello apabila tunang dan anak perempuan saya datang melawat saya beberapa hari selepas pembedahan itu," katanya.


Gemma kini menjalani rawatan radioterapi dan kemoterapi selama enam minggu dan dibantu keluarga, rakan dan tunangnya Phillip Miller, 38.


Rakannya Claire Shafer melancarkan kutipan dana dan berjaya meraih lebih 1,100 pound sterling (kira-kira RM6,000) kerana Gemma kini tidak dapat bekerja sebagai pembantu penjagaan.


Pada 6 Mac lalu, pakar bedah mengeluarkan 90 peratus lidah dan semua kelenjar pada leher Gemma di Hospital Addenbrooke, Cambridge, sebelum membuat cantuman semula menggunakan tisu daripada lengan wanita itu.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.443101 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list