CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1861|Reply: 14

Ibu Berpantang Maut Dengan Kesan Tikaman Jerit-Jerit Tak Nak Makan Ubat

[Copy link]
Post time 13-4-2023 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Wanita dalam pantang selepas melahirkan anak keempat yang ditemui mati di dalam sebuah bilik di rumah ibunya di Kampung Beris Panchor semalam dipercayai menjerit-jerit dan tidak mahu mahu makan dua jenis ubat yang dibekalkan pihak hospital.


Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, siasatan mendapati, mangsa berusia 37 tahun pergi ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian bersama adiknya kira-kira pukul 9 pagi semalam untuk rawatan kesihatan.




Anggota forensik menjalankan siasatan di rumah mangsa di Kampung Beris Panchor, Bachok semalam. - Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI/ KOSMO!




Menurutnya, pihak hospital telah memberi dua jenis ubat iaitu Zolpidem untuk merawat ‘Anxiety’ dan Fluvoxamine untuk merawat kesukaran tidur atau insomnia.


“Ibunya telah berpesan kepada mangsa untuk makan kedua-dua jenis ubat itu kira-kira pukul 3.30 petang, namun wanita itu menjerit dan enggan makan ubat berkenaan.


“Mangsa kemudiannya mengambil pisau di dapur dan berlegar-legar di sekitar rumah sambil memegang pisau tersebut. Salah seorang adiknya merampas pisau itu dan menyembunyikan senjata tersebut di sebelah rumah mereka yang merupakan tempat untuk membuat kuih,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.


Mohamad Ismail memberitahu, mangsa kemudiannya masuk ke dalam bilik seorang diri manakala anak lelakinya yang berusia 36 hari dijaga ibu wanita itu di ruang tamu.


Menurutnya, mangsa kemudiannya ditemui di dalam bilik tidur dengan kesan tikaman pada leher sebelum ibunya mencabut pisau yang tertusuk di bahagian tersebut.


“Siasatan lanjut mendapati, mangsa menikam dirinya sendiri dengan sebilah pisau pemotong sayur.


“Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Beris Panchor di sini sebelum disahkan meninggal dunia. Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk dibedah siasat,” ujarnya.


Mohamad Ismail berkata, hasil bedah siasat mendapati, punca kematian mangsa disebabkan pendarahan teruk pada bahagian lehernya.


Tambahnya, siasatan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2023 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Astaghfirullah..
Yatim dh baby kecik².
Takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 03:01 PM | Show all posts
Kesiannya. Macam terbalik je ubatnya tu. Zolpidem untuk treat anxiety ke, ingatkan untuk treat insomnia. Fluvoxamine tu yang SSRI.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak dia tak patut cabut tikaman tu. Apa2 pun call paramedic/ambulans dulu. Diorang akan nasihat apa perlu buat utk kawal darah yg keluar dari kawasan luka, sementara diorang sampai.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Pastu dia amik pisau kat mana lagi? Patutnya bila nampak dia dah pegang pisau tepon la cecepat pihak hospital ke apa.
Pelik juga ni kalau anxiety takkan berani nak cederakan diri, anxiety ni paling takut dgn kematian sementara depression yg dah tak peduli nk hidup, takde semangat dah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja: Kesiannya. Macam terbalik je u ...

Haah, terbalik... luvox untuk depression & anxiety. Kalau dah start ambik2 pisau tu better call 999 & tanya apa patut buat. Masa aku diberi ubat antidepressants pon klinik mintak sahkan alamat & nombor telefon orang terdekat. Fluvoxamine ni x boleh suka2 hati makan, suka2 hati skip. Memang kena ikut jadual, kalau x haru biru emosi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2023 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 13-4-2023 03:01 PM
Kesiannya. Macam terbalik je ubatnya tu. Zolpidem untuk treat anxiety ke, ingatkan untuk treat insom ...

Iols penah makan fluvoxamine  tu tapi dos kecik kena kerat pil tu.
Utk bg tenang dan tidur awal tp iols takut gak nk mkn lama2 ubat tu risau berat badan naik.
Doc bagi utk treat anxiety. Lama dh stop mkn.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
I ols berminat betul nak tau apa yg dibualkan dgn tok laki nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2023 08:49 PM | Show all posts
Salam takziah kepada keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 10:41 PM | Show all posts
Hormon x stabil, sleep deprive, anak2 ramai, suami jauh, ada yg x memahami, byk pantang larang..sbnrnya tempoh lepas bersalin sgt mencabar..semoga Allah mengasihani hamba ini
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah dia lawa lah. Orang ada ada ni. Takziah pada family.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Beraninya mak dia cabut pisau tu. Kalau aku la pengsan dulu tgk pisau tercacak kt leher.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2023 02:56 AM From the mobile phone | Show all posts
salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2023 03:29 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 13-4-2023 11:11 PM
Beraninya mak dia cabut pisau tu. Kalau aku la pengsan dulu tgk pisau tercacak kt leher.

Terkejut gamaknya...x pikir panjang terus cabut je,patutnya biarkan je pisau tu n terus call 999,aq lebih berminat nak tahu dari mana pisau tu muncul mmg dia sembunyikan pisau pemotong daging dalam bilik ke???
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2023 04:17 AM From the mobile phone | Show all posts
meroyan pas bersalin tu betul kot sbb org rumah aku pernah meroyan time pantang masa pkp, nie jika dpt anak ke3 rasa pantang rumsh mentua lah sbb dia rindu nk mak dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.054353 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list