CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 180|Reply: 0

[Sabah] Jualan Mega Raya sehingga 80 peratus di Emadira Exclusive Textile Mall

[Copy link]
Post time 12-4-2023 08:42 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Emadira Exclusive Textile Mall Kota Kinabalu mengadakan Jualan Mega Raya Riang Ria Aidilfitri dengan Potongan Diskaun sehingga 80 peratus sepanjang bulan Ramadan ini.

Jualan tersebut berlangsung di sepanjang bulan Ramadhan dan mendapat sambutan hangat daripada pelanggan yang berminat dengan pakaian dan kain untuk Hari Raya.

Pengarah Urusan Emadira Exclusive Textile Mall Dinie Farid Ibrahim berkata jualan mega tersebut menarik perhatian ramai pelanggan yang tidak melepaskan peluang mengunjungi kedai ini pada hujung minggu lalu.

Katanya pelbagai jenis kain dan pakaian tradisional seperti baju melayu, baju kurung, kurta, jubah, baju kebaya, kain sarung, samping, songkok, telekung, butang baju melayu, set keluarga, sejadah, permaidani dan banyak lagi ditawarkan dengan harga yang sangat menarik.

Dalam pada itu Pengurus Emadira Exclusive Textile Mall Ziyavudeen Amirdeen berkata Emadira Exclusive Textile Mall turut memperkenalkan barangan baharu dalam koleksi pakaian.

"Kami sangat gembira dengan sambutan yang diterima daripada pelanggan kami sepanjang jualan mega ini berlangsung.

“Diharapkan pelanggan kami berpuas hati dengan harga yang ditawarkan dan dapat membuat persiapan yang terbaik untuk Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi," katanya

Sementara itu Pengarah Kainmewah dan Emadira Ibrahim M.E Sikkandar berkata Emadira Exclusive Textile Mall juga terkenal dengan program sumbangan yang dilaksanakan setiap tahun kepada anak-anak yatim.

“Pada 09 April lalu, kedai ini berkolaborasi dengan Rotary Club of Kota Kinabalu Pearl dalam menjayakan program pembelian baju raya untuk kanak-kanak kurang berkemampuan dari Rumah Amal Kasih Taman Kingfisher.

“Acara tersebut turut dihadiri oleh Presiden Rotary Club of Kota Kinabalu Pearl Datuk Aminah Ambrose dan Pengarah Khidmat Masyarakat Rotary Club of Kota Kinabalu Pearl Tulip Noorazyze.

"Kami berterima kasih kepada Rotary Club of Kota Kinabalu Pearl yang berkolaborasi dengan kami dalam menjayakan program ini,” katanya.

Katanya pihaknya berharap dapat membantu anak-anak kurang berkemampuan untuk memiliki baju raya yang cantik dan menyeronokkan di hari yang istimewa ini.

“Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi pakaian terbaharu dan menarik dengan harga yang berpatutan di Emadira Exclusive Textile Mall.

“Selain itu, dengan setiap pembelian anda turut membantu pihak yang memerlukan untuk merayakan Hari Raya dengan gembira,” katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2023/04/11/jualan-mega-raya-sehingga-80-peratus-di-emadira-exclusive-textile-mall

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.181534 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list