CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136|Reply: 0

[Sabah] Lima pengedar, penagih dadah ditahan dalam Op Tapis

[Copy link]
Post time 12-4-2023 08:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 12-4-2023 12:43 PM



TANGKAPAN: Antara suspek yang berjaya ditahan dalam operasi tersebut.

TAWAU: Lima individu termasuk seorang wanita ditahan selepas disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di sekitar bandar Tawau, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 petang itu, semua suspek ditahan oleh anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menerusi Op Tapis yang dijalankan di sekitar bandar Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah di sekitar kawasan penginapan di sini.

Katanya, hasil risikan dan intipan yang dilaksanakan, berjaya menahan empat lelaki dan seorang wanita disyaki terlibat dengan aktiviti najis dadah.

“Sindiket ini menjadikan tempat penginapan sebagai lokasi kegiatan jenayah mereka dan cuba mengaburi mata pihak penguatkuasa.

“Polis turut berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 100.35 gram dalam operasi tersebut,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.  

Menurutnya, operasi hasil kerjasama polis dan masyarakat itu berjaya melumpuhkan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah ini
“Tiga daripada suspek ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12(2) ADB 1952, manakala dua lagi mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

“Suspek kini ditahan reman dan siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti ahli sindiket yang terlibat serta sumber bekalan,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.081783 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list