CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 134|Reply: 0

[Sabah] Nelayan lemas terjatuh dari bot

[Copy link]
Post time 11-4-2023 08:41 PM | Show all posts |Read mode

[backcolor=rgba(0, 0, 0, 0.05)]LEMAS: Mangsa ditemukan lemas oleh pasukan bomba pada kedalaman empat meter.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dari bot nelayan di perairan Sepanggar di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata mayat mangsa ditemukan oleh pasukan bomba pada jam 11.02 pagi.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berkenaan orang dipercayai lemas selepas terjatuh dari bot nelayan pada jam 8.42 pagi.

“Bertindak dengan kejadian, seramai 14 pegawai dan anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata pasukan bomba yang tiba di lokasi menjalankan operasi pencarian menggunakan kaedah surface water rescue dan selaman sekitar lokasi kejadian dengan dibantu orang awam.

"Mangsa yang dikenali sebagai La Hasuba, 38, kemudiannya ditemukan oleh pasukan bomba pada jam 11.02 di lokasi mangsa dilaporkan hilang pada kedalaman empat meter.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi keseluruhan ditamatkan pada jam 11.13 pagi," katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2023/04/11/nelayan-lemas-terjatuh-dari-bot

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.064691 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list