CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1632|Reply: 0

[Sabah] JPN Tawau berpindah di Jalan Kuhara pada 8 Mei depan

  [Copy link]
Post time 11-4-2023 08:40 PM | Show all posts |Read mode


BAHARU: Bangunan pejabat JPN Tawau yang baharu di Jalan Kuhara.

KOTA KINABALU: Operasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) daerah Tawau akan berpindah ke bangunan pejabat baharu di Jalan Kuhara, di sini pada 8 Mei depan.

Menurutnya kenyataan JPN Sabah, sebahagian operasi JPN Tawau di bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau akan dipindahkan ke bangunan baharu tersebut.

Katanya, pemindahan pengoperasian JPN Tawau ke pejabat baharu ini adalah bertujuan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, cekap dan selesa kepada semua pelanggan.

“Waktu operasi pejabat baharu JPN Tawau adalah setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

“Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah permohonan kali pertama dan gantian kad pengenalan, pendaftaran kelahiran dan kematian serta pendaftaran anak angkat.

“Selain itu, ia juga meliputi gantian sijil kelahiran dan kematian, gantian sijil kelahiran dan kematian, perkahwinan, permohonan kewarganegaraan dan pengesahan dokumen JPN,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, JPN juga ingin memaklumkan bahawa pengoperasian dan perkhidmatan kaunter JPN di bangunan UTC Tawau tetap diteruskan dengan beberapa perkhidmatan utama dirasionalisasikan.

“Antara perkhidmatan yang masih terdapat di JPN UTC Tawau adalah pengesahan dokumen dan khidmat nasihat.

“Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat (UKK), JPN Negeri Sabah di talian 088-488300 atau 088-488301,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.053365 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list