CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 158|Reply: 0

[Sabah] Seorang lagi penjawat awam dituduh kes bunuh pemandu e-hailing

[Copy link]
Post time 11-4-2023 08:39 PM | Show all posts |Read mode


PROSIDING: Seorang lagi penjawat awam yang dituduh kes bunuh pemandu e-hailing diiring keluar selepas prosiding mahkamah.

TAWAU: Seorang lagi penjawat awam yang sebelum ini dijadikan saksi kes berhubung pembunuhan pemandu e-hailing Januari lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan yang sama.

Namun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh,44, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dzul Elmy Mohd Yunus yang kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 7 Julai depan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh, bersama enam individu lain dituduh mencapai niat bersama membunuh Nurman Bakaratu, 61, antara 7.30 malam hingga 11.30 malam di ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5, Tawau pada 13 Januari lalu.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pada 8 Febuari lalu, tertuduh bersama seorang lagi penjawat awam dan seorang awam diberikan bon jaminan sebagai saksi pendakwaan.

Manakala lima penjawat awam berumur 39 hingga 47 tahun dan orang awam berumur 34, dituduh di Mahkamah Majistret Tawau dengan niat bersama membunuh Nurman.

Pada 8 Febuari itu juga, seorang pegawai kanan penjawat awam berumur 58 tahun  turut didakwa bersubahat dengan enam individu berkenaan membunuh lelaki tersebut.

Sementara itu, di mahkamah yang sama Dzul Elmy turut menetapkan 7 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes ke atas pegawai kanan terbabit bagi pertuduhan bersubahat dibawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Di mahkamah berasingan, Majistret Leona Dominic Mojiliu turut menetapkan 7 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes ke atas lima penjawat awam dan seorang awam berkenaan bagi pertuduhan membunuh dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pihak Pendakwaan dibarisi Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Muhamad Iskandar Ahmad, DPP Muhammad Ilmami Ahmad, DPP Low Win Hui dan DPP Mohammad Fakhrurazzi Ahmad Salim manakala semua tertuduh diwakili peguam.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.081578 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list