View: 269|Reply: 0
|
400,000 rokok putih 'terapung' di muara Tok Bali
[Copy link]
|
|
Kira-kira 40 kotak mengandungi 400,000 rokok putih ditemui terapung pada jarak kira-kira 25 batu nautika dari muara Tok Bali, Pasir Puteh, Ahad lalu.
Rokok bernilai RM418,000 itu ditemui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan, dipercayai ditinggalkan penyeludup selepas menyedari kehadiran pihak penguat kuasa.
Pengarah Maritim Malaysia negeri, Kepten Syed Nor Adli Syed Abd Rahman, berkata ketika bot peronda maritim sedang melakukan rondaan rutin, mereka melihat sejumlah bungkusan berwarna coklat dalam keadaan terapung dan berselerak di permukaan laut.
"emeriksaan lanjut mendapati kandungan kotak mengandungi rokok putih yang tidak berkastam.
"Kami mengesyaki penyeludup tidak sempat mengambil semua kotak rokok yang terapung ini dan bertindak meninggalkannya," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Semua kotak rokok itu dibawa balik ke Jeti Maritim Negeri Kelantan untuk siasatan lanjut.
Syed Nor Adli berkata, rokok yang ditemui itu disyaki untuk pasaran negeri di Pantai Timur.
"Bekalan ini turut menyasarkan kegunaan kepada lebih 20,000 perokok," katanya.
Beliau berkata, kes akan disiasat mengikut Akta Kastam 1967.
Katanya, Maritim Kelantan akan sentiasa komited memastikan perairan negeri terus dipelihara daripada sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.
"Sebarang aduan berkenaan aktiviti yang mencurigakan atau jenayah di laut, boleh disalurkan menerusi talian Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Kelantan di talian 09-7780070," katanya.
Sumber: BH ONLINE |
|
|
|
|
|
|
| |
|