CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 263|Reply: 2

Banduan Baru Bebas Kembali Merompak

[Copy link]
Post time 11-4-2023 04:05 PM | Show all posts |Read mode
Seorang bekas banduan yang mempunyai 55 rekod jenayah masih tidak insaf apabila masih aktif melakukan jenayah pecah kedai, kilang, samun dan curi kenderaan sejak tiga bulan lalu.


Suspek yang juga lelaki tempatan berusia 40-an diberkas bersama empat lagi individu yang dilatih untuk melakukan kegiatan jenayah di sekitar daerah ini dan Shah Alam.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek yang juga 'dalang utama' kumpulan itu dibebaskan dari penjara pada Januari lalu sebelum kembali aktif melakukan jenayah.


Asisten Komisioner Cha Hoong Fong (dua dari kanan) menunjukkan rampasan peralatan barang kedai hardware pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.



"Tangkapan terhadap kesemua suspek dibuat susulan laporan polis dibuat seorang pemilik kedai barangan pertukangan pada 26 Mac lalu.


"Menurut mangsa, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati premis miliknya di Jalan Kota Raja Kampung Jawa di sini, dipecah masuk suspek.


"Rakaman CCTV itu memaparkan empat lelaki memasuki premis melalui pintu sisi kedai dan mengambil pelbagai barangan antara jam 4 hingga jam 4.30 pagi. Jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM20,000," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, di sini, tadi.


Susulan itu sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Klang Selatan melakukan serbuan di beberapa rumah di kawasan Jalan Kapar, Taman Sentosa dan Taman Selatan, di sini, 30 Mac lalu.


"Hasil serbuan itu, polis menangkap lima lelaki tempatan lingkungan umur 37 hingga 44 tahun. Kesemua suspek mempunyai sekurang-kurangnya 11 rekod lampau jenayah dan dadah termasuk suspek yang memiliki 55 rekod lampau.


"Dalam serbuan itu, polis berjaya merampas tiga kereta iaitu Proton Waja, Wira serta Perodua Axia dan 52 barangan dicuri dari kedai itu.


"Hasil semakan nombor casis dan enjin kereta dirampas mendapati kereta Proton Waja dan Wira adalah kereta dicuri.


"olis yakin berjaya menyelesaikan sejumlah 14 kes iaitu sembilan kes di daerah Klang Selatan, empat kes di Klang Utara dan satu kes di Shah Alam. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.




Sumber: HARIAN METRO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2023 04:44 PM | Show all posts
Edited by FraserJ at 12-4-2023 11:35 AM

This information is really news full and helpful.
Next Employee Portal Login
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 12:19 PM | Show all posts
Mohon gomen ambik banduan ni bekerja selaras dengan kenyataan sebelum ni khuenzzz
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.376214 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list