CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1836|Reply: 13

Intan Najuwa ‘Sorok’ Tunang Demi Jaga Privasi

[Copy link]
Post time 9-4-2023 02:37 PM | Show all posts |Read mode
Tidak mengiyakan atau menidakkan dirinya sekarang sudah bergelar tunangan seorang lelaki berstatus Datuk, pelakon Intan Najuwa mempunyai alasan tersendiri mengapa memilih untuk tidak bercerita soal peribadi.


Intan atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid berkata, andai sudah tiba waktu yang sesuai nanti, dia sendiri akan berkongsi tentang perihal terbabit.






“Macam biasalah. Hal peribadi, kita tak perlu cerita apa-apa dahulu.


“Saya memang tak bersedia nak cakap apa-apa cuma nak beritahu di sini, perkara melibatkan hal peribadi, rasanya tak payah kot (diceritakan).


“Bagaimanapun, saya tak nafikan sekarang saya sedang menjalin hubungan istimewa dengan seseorang. Tapi, saya tidak mahu memperincikan perkara tersebut. Yang tahu, tahulah,” katanya kepada Kosmo! Online.


Mengambil pengajaran daripada insiden lepas, Intan, 26, yang pernah mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli namun putus di tengah jalan memaklumkan, dia tidak mahu menyesal pada kemudian hari seperti apa yang telah berlaku kepadanya sebelum ini.



  



“Saya bahagia sekarang. Alasan saya tidak bercerita soal peribadi sebab tidak mahu mengeruhkan keadaan sekiranya apa-apa terjadi pada masa hadapan.


“Bukan apa, saya takut dan tak berani. Terlalu banyak kongsi hal peribadi, nanti orang pun muak.


“Kita pun makin tua dan matang dalam berfikir. Jadi, simpan sikit hal peribadi buat diri kita dan hanya kongsikan kepada umum apa yang patut iaitu berkenaan kerjaya,” ujarnya.



  



Ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Rizman Ruzaini di sebuah hotel terkemuka ibu negara baru-baru ini, pelakon drama rantaian Jesnita itu datang bersama lelaki yang dikatakan tunangnya.


Sungguhpun begitu, Intan meminta jasa baik dan kerjasama media agar sebarang foto bersama lelaki itu tidak dibidik jurufoto bertugas.


Namun, Intan merupakan pelajar jurusan undang-undang di Kolej BAC, Singapura tidak menafikan bahawa lelaki itu adalah individu yang menjalin hubungan serius dengan dirinya.


Sementara itu ketika diminta memberi komen tentang isu perceraian yang sedang meledak dalam kalangan pasangan selebriti tempatan sejak akhir-akhir ini, Intan berkata: “Tak adalah rasa cuak ke apa sebab saya sendiri belum melalui fasa itu (berkahwin).


“Kalau dah masuk alam perkahwinan, saya percaya cerita setiap pasangan adalah berbeza.


“Saya ada dengar tentang cerita itu (artis bercerai). Saya tidak berada di posisi sesuai untuk bercakap panjang tentang itu sebab saya pun belum kahwin.



  



“Kita doa yang baik-baik sahaja untuk orang sekeliling. Saya percaya, kalau doa yang baik-baik akan dibalikkan yang positif buat diri kita.”


Terdahulu, sebuah portal hiburan tanah air melaporkan bahawa Intan sudah bertunang dengan seorang lelaki berstatus Datuk.


Menurut sumber, majlis pertunangan mereka berlangsung di kediaman keluarga Intan di Johor Bahru, Johor dan mereka dikatakan bakal mendirikan rumah tangga tahun ini.


Sumber turut memaklumkan, lelaki itu turut mengikuti rombongan keluarga Intan ke Mekah bagi mengerjakan umrah Januari lalu.





Sumber: KOSMO!ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2023 02:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Haruslah sorok.. kang ada lak penyondol, lagi2 yg kaya raya ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2023 08:46 AM | Show all posts
elehhh kan ramai dah tau.. harus lah sorok nyah.
dato kot, kang di sondol puleksss melepasss.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2023 09:22 AM | Show all posts
datuk saja ko nie.. hahaha.. rezki ko kn..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2023 10:34 AM | Show all posts
Sis dulu sebelum nikah pilot mmg sorok..sebab yg perempuan nak menyondol...yg lelaki yg interested pulak nanti x puas hati sis dah nak kahwin
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2023 10:42 AM | Show all posts
i fishy tgk lifestyle dia luxury betul ..duduk pavillion condo n bawak range rover kan?

siapa bf dia skrg? n intan ni i tgk product dia pun tak la famous mana n berlakon pun tak ingat cite apa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2023 01:23 PM | Show all posts
jangan laki orang sudah..
rahsia konon nak elak penyondol, rupanya dia yang menyondol..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2023 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
limesherbet replied at 10-4-2023 10:34 AM
Sis dulu sebelum nikah pilot mmg sorok..sebab yg perempuan nak menyondol...yg lelaki yg interested p ...

Hang kayeee laa nokss dpt jerung... Tahniah.. rezeki sis kat donia laa dpt jerung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2023 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
311gurl replied at 10-4-2023 10:42 AM
i fishy tgk lifestyle dia luxury betul ..duduk pavillion condo n bawak range rover kan?

siapa bf d ...

Yep.. baju baju dia mmg cantik cantik.. kira top to toe laa.. rezeki dia laa siss kat donia kayeee..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2023 01:28 PM | Show all posts
311gurl replied at 10-4-2023 10:42 AM
i fishy tgk lifestyle dia luxury betul ..duduk pavillion condo n bawak range rover kan?

siapa bf d ...

iols pun musykil..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2023 04:01 PM | Show all posts

Family dia kaya juga. Pak dia kaya Title Doc n active politics.Tapi Pak tiri rasanya sbb nama penuh Intan Binti lain bukan nama Pak dia yg ada skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2023 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
311gurl replied at 10-4-2023 10:42 AM
i fishy tgk lifestyle dia luxury betul ..duduk pavillion condo n bawak range rover kan?

siapa bf d ...

Bapak tiri dia kayo
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2023 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kemboja2020 replied at 10-4-2023 04:01 PM
Family dia kaya juga. Pak dia kaya Title Doc n active politics.Tapi Pak tiri rasanya sbb nama penu ...

Yup mmg pak tiri..tp tgk pak tiri dia kemain syg betul kat mak intan ni & anak2 tiri
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2023 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
minahmanja replied at 10-4-2023 01:28 PM
iols pun musykil..

Pak tiri dia kaya sisthur..org politik juga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.062607 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list