CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 183|Reply: 0

[Pulau Pinang] Agong kurnia watikah pelantikan kepada 15 ahli majlis MAINPP, 17 Hakim Syarie Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 8-4-2023 02:03 PM | Show all posts |Read mode
Agong kurnia watikah pelantikan kepada 15 ahli majlis MAINPP, 17 Hakim Syarie Pulau Pinang


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - April 8, 2023 @ 1:52pm bhnews@bh.com.my




Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat pada Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Agama Islam dan Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang di Batu Ferringhi di sini hari ini. - Foto NSTP/Mikail Ong




GEORGETOWN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Hakim Syarie perlu menggalas tugas serta peranan mereka dengan penuh tanggungjawab, dan pelantikan mereka ke jawatan itu adalah satu amanah untuk menguruskan pentadbiran Agama Islam di negeri itu.

Dalam titah Baginda, Al-Sultan Abdullah berharap pelantikan itu dapat sedikit sebanyak memberi semangat kepada yang berkenaan, untuk menerus dan menegakkan Syariat Islam dengan sempurna.

"Beta bangga dapat menganugerahkan watikah pelantikan kepada ahli-ahli MAINPP dan Hakim-hakim Syarie. Di sini beta ingin ingatkan bahawa lantikan ini adalah besar maknanya dengan penuh tanggungjawab dan amanah dari Allah untuk kita uruskan pentadbiran agama Islam.

"Beta kagum dengan pentadbiran urusan agama Islam di Pulau Pinang yang diuruskan dengan baik di bawah naungan Majlis Agama Islam Pulau Pinang di bawah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang," titah baginda.

Al-Sultan Abdullah hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 15 ahli MAINPP dan 17 Hakim Syarie di sebuah hotel di sini bersempena lawatan selama tiga hari ke negeri ini.

Hadir sama menyaksikan majlis pengurniaan itu adalah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Mengetuai penerima ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman selaku Yang Dipertua MAINPP, diikuti Timbalannya, Datuk Dr Roslan Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sayuthi Bakar, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Nor dan Penasihat Undang-Undang Pulau Pinang, Roslinda Mohd Shafie.

Penyampaian watikah diteruskan kepada Hakim Syarie dengan didahului Ketua Hakim Syarie, Datuk Muhamad Abdul Karim Wahab, diikuti Datuk Mohd Amran Mat Zain, Datuk Mohd Radzi Abd Latif, Datuk Mohd Shakir Abdul Hamid dan Datuk Abas Nordin, Noor Hadina Ahmad Zabidi dan Hasniah Hassan.

Dalam pada itu, baginda berkongsi rasa terharu ketika lawatan ke Kampung Banggol, Kepala Batas dekat sini semalam yang pernah dikunjungi Almarhum Paduka Ayahanda baginda kira-kira 40 tahun lalu sekali gus memperingati hari kemangkatan Almarhum yang jatuh pada 17 Ramadan pada 2019 bersamaan Hari Nuzul al-Quran hari ini.

Seri Paduka seterusnya menzahirkan rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada kepimpinan kerajaan Negeri Pulau Pinang atas segala persiapan yang diatur dalam kunjungan baginda selama tiga hari.

Baginda turut menyifatkan lawatan rasmi buat kali kedua ini begitu istimewa dengan kedatangan kali pertama ialah pada 2019.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.096453 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list