CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 145|Reply: 0

[Sabah] Pendedahan laporan penuh nahas ‘Double Six’ dinanti rakyat Sabah

[Copy link]
Post time 7-4-2023 03:55 PM | Show all posts |Read mode


ALOYSIUS

KOTA KINABALU: Keputusan kerajaan persekutuan untuk mendedahkan laporan penuh tragedi ‘Double Six’ yang mengorbankan nyawa lima Menteri Kabinet Sabah 47 tahun lalu adalah satu pengumuman yang ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan rakyat Sabah.

Presiden NGO Sunduvan Sabah Aloysius Danim Siap berkata isu ini amat dekat di hatinya sebagai anak jati Kampung Pogunon Penampang dan tidak ada penduduk setempat yang tidak mengenali Mendiang Datuk Peter Mojuntin.

“Pada 2015 lalu, saya menubuhkan NGO Sunduvan Sabah dan berikrar tidak akan berehat sehingga kerajaan Australia mengeluarkan penemuan rasmi nahas pesawat 6 Jun 1976 yang mengorbankan lima anggota Kabinet Sabah.

“Ini susulan daripada maklumat yang diperolehi bahawa laporan akhir nahas kapal terbang nomad GAF Nomad 9M-ATZ 6.6.1976 itu dirahsiakan atas permintaan kerajaan Malaysia,” katanya.

Belum berkata perkara seperti ini menimbulkan pelbagai persoalan dan spekulasi terhadap isu Double Six, samaada positif mahupun negatif dalam kalangan rakyat Sabah.

“Justeru itu Sunduvan Sabah tampil kedepan berjuang untuk menampilkan kebenaran dan menjernihkan keadaan.

“Saban tahun Sunduvan Sabah akan menganjurkan upacara meletakkan kalungan bunga bagi mengenang individu yang terkorban dalam nahas pesawat pada 6 Jun lalu di Taman Monumen Double Six, Sembulan,” katanya.

Aloysius juga menyatakan pada peringkat awal pendedahan isu double Six, Sunduvan pernah dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan berhubung dengan siri perhimpunan yang dianjurkan.

Katanya situasi itu antara halangan dan cabaran yang dihadapi sepanjang perjuangan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.055394 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list