CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 706|Reply: 9

"Jaafar Onn Hanya Boleh Berlakon Watak Lembik Dan Lembut Saja"

[Copy link]
Post time 7-4-2023 02:13 PM | Show all posts |Read mode
Jaafar Onn, 72, menafikan dia hanya boleh berlakon watak lelaki lembut saja.


Dia terkilan dengan sikap segelintir orang yang seperti hendak menjatuhkannya dan menabur pasir dalam periuk nasinya.


"Kadang-kadang orang kita juga yang menjatuhkan kita. Kata saya tak boleh itu, tak boleh ini. Jaafar Onn tak boleh berlakon. Jaafar Onn hanya boleh berlakon watak lembik saja dan tak boleh watak lain. Hanya itu saja boleh buat. Jadi saya rasa terkilan," katanya.


Berikutan itu, Jaafar kini mencari watak yang lebih mencabar dirinya dalam lakonan.




Foto: IG




"Bagi apa watak pun saya terima. Sekarang saya sedang mencari watak seorang ayah yang dianiaya oleh anak-anak. Saya sedang cari siapa yang boleh tawarkan watak begini.


"Saya boleh menangis. Selama ini orang ingat saya hanya boleh bawa watak lembut. Ia suatu yang tak betul," katanya.


Bercerita mengenai keadaan kesihatannya, Jaafar berkata, dia hanya dirawat di hospital akinat masalah paru-paru berair dan kini kembali aktif bekerja.


  



"Saya boleh aktif kerana banyak makan suplemen. Tapi sebulan sekali saya kena jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan.


"Sebenarnya bacaan tekanan darah, paras gula dan kolesterol okey. Jadi saya tak perlu bimbang. Saya pun tiada sakit jantung, cuma kena hadkan minum air satu liter sehari.


"Sekarang saya menghiburkan peminat dan memasak di Plaza Masalam, Shah Alam. Memang agak terkejut kerana sejak kebelakangan ini ramai datang," katanya.


Menurutnya, sejak dia sakit dan pulih selepas itu, ramai yang mahu menonton persembahannya secara depan mata dan mahu memastikan dia sudah sihat sepenuhnya.


"Saya sebenarnya tengok keadaan juga untuk terima tawaran persembahan. Nak kata berehat pun, saya dah ada tawaran menyanyi dan berlakon selepas Aidilfitri nanti.


"ada usia sekarang, kerjaya seni hanyalah sebagai hobi. Saya banyak buat kerja amal. Saya banyak terbabit dengan program anak-anak yatim. Apa yang dapat diberikan kepada mereka," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2023 02:18 PM | Show all posts
saya cadangkan watak warga emas yang dianiaya dan ditinggalkan di rumah kebajikan. watak sampingan adalah chef wan, diva aa, nek nil, & chef mael. mungkin ada penampilan khas @dudaberhias
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo: saya cadangkan watak warga ema ...



Sambungan aku nombor 1... "warga emas nombor 1". J-on boleh jadi typical pakcik tanya hari ni lauk apa & duduk tepi sementara kawan2 lain buat taichi pagi-pagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 02:25 PM | Show all posts
Best tengok interview beliau dengan Dina kat YT Sinar. Kelakar & baik sangat gayanya beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 02:26 PM | Show all posts
gerbera.memopad: Best tengok interview beliau dengan Dina kat YT Sinar. Kelakar & baik sangat gayanya beliau.

aku suka tgk dia papa tonggek tu.. comel jah

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 02:28 PM | Show all posts
tapi balik2 watak gitu jah nek jakpa dapat. cikgu lembut, malaikat lembut, ayah lembut, orang jahat lembut..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2023 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 7-4-2023 02:18 PM
saya cadangkan watak warga emas yang dianiaya dan ditinggalkan di rumah kebajikan. watak sampingan a ...

Iols nak sarankan watak penari kebudayaan yang menanti duit kebajikan masuk atau nenek tua yang melacur tepi lorong haji taib ,tup tu insaf dan kembali jadi jantan kembali.

Nak paling mencabar : watak dukun pengganda uang mbah slamet yang bunuh 13 orang tu

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 02:32 PM | Show all posts
Kurex replied at 7-4-2023 02:28 PM
tapi balik2 watak gitu jah nek jakpa dapat. cikgu lembut, malaikat lembut, ayah lembut, orang jahat  ...

dia pernah bawak watak keras
penyamun cilipadi


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2023 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 7-4-2023 02:29 PM
Iols nak sarankan watak penari kebudayaan yang menanti duit kebajikan masuk atau nenek tua yang me ...

Adalah juga duit masuk dari mengganggur, hack pula telefon orang dan jadikan content cerita diruangan komen forum, youtube :-

Tersenyum sinis sahaja kepada multinicknames yang membaca.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 03:10 PM | Show all posts
suka tengok tiktok dia, kelako

katanya ada cilipadi reboot, tak tahu jadi ke dak yer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.094377 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list