CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 154|Reply: 0

[Sabah] IPD Tawau lupus barang rampasan kes siasatan tahun 2021-2023

[Copy link]
Post time 6-4-2023 08:45 PM | Show all posts |Read mode


LUPUS: Jasmin (tengah) turut menyaksikan pelupusan barang kes di IPD Tawau.

TAWAU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau melakukan pelupusan barang rampasan yang melibatkan kes kertas siasatan tahun 2021 hingga 2023, di sini semalam.

Pelupusan itu membabitkan sebanyak 5,000 bungkus rokok seludup, 602 unit mesin bitcoin, 100 unit telefon bimbit, komputer, senjata tajam dan bunga api yang dirampas dalam tempoh tersebut.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pelupusan itu dilakukan setelah mendapat perintah mahkamah untuk dilupuskan.

“Barang lupus tersebut melibatkan tujuh kertas siasatan mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990, (50) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, (110) Akta Kastam 1967 dan (21) kesalahan Jenayah Am.

“Semua kes ini sudah selesai siasatan dan jatuh hukuman serta mendapat arahan pelupusan daripada mahkamah,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Jasmin berkata, semua barang rampasan tersebut dilupuskan dengan kaedah potong, bakar dan tanam dalam tanah.

Turut hadir, Pegawai Turus (D4) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Sabah, Deputi Superintenden Ravi A/L Duraisamy; Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Tawau Deputi Superintenden Mursalin Mahmud dan pegawai penyiasat JSJ IPD Tawau.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.066235 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list