CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 173|Reply: 0

[Sabah] Gangguan bekalan elektrik di Menara Kinabalu disebabkan cubaan potong, curi kabel

[Copy link]
Post time 6-4-2023 08:42 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di kawasan Menara Kinabalu disebabkan cubaan memotong dan mencuri kabel yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Elektricity Sdn Bhd (SESB) Idris Mohd Noor berkata kerja pemulihan bekalan giat dilaksanakan di sekitar kawasan berkenaan.

“Hasil siasatan di kawasan talian 33kV oleh pasukan teknikal SESB mendapati terdapat kesan potongan dan terbakar pada bahagian kabel dipercayai untuk dicuri.

“Kerosakan ini menjejaskan bekalan ke beberapa kawasan di Alamesra, Likas dan Menara Kinabalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya kerja pemulihan bekalan bagaimanapun sudah dilaksanakan secara berperingkat dan SESB berjaya memulihkan sepenuhnya bekalan elektrik di semua kawasan yang mengalami gangguan pada hari yang sama.

Beliau bagaimanapun berkata bekalan ke Menara Kinabalu masih terjejas selepas berlaku kerosakan kabel sekali lagi pada lewat malam Selasa.

“Kerosakan kedua ini dipercayai disebabkan kerja penimbusan tanah di laluan utama kabel bawah tanah.

“SESB kini menempatkan enam buah janakuasa mudah ahli di kawasan Menara Kinabalu untuk menampung keperluan bekalan elektrik ke bangunan itu,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.059738 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list